Memerhati dan meneliti drama + rancangan TV, satu perkara yang - TopicsExpress



          

Memerhati dan meneliti drama + rancangan TV, satu perkara yang pasti ialah mereka cuba memanupulasi emosi penonton. Hingga mendorong penonton menangis, ketawa, marah, gembira. Kadang-kadang ke tahap paling ekstrim, kita turut merasai secara real visual + audio yang dipertontonkan. Sampai satu tahap kita gembira emosi ditumpahkan dalam rancangan TV. Kemudian gembira berkongsi dengan rakan-rakan. Kemaskini setiap episod dengan rakan. Bila emosi sudah berhabis dan kering kerana rancangan TV, respon kita terhadap benda real dalam masyarakat menurun. Empati dan simpati tidak diterjemah pun pada masyarakat real di luar yang betul-betul memerlukan perhatian kita, berbanding lakonan pelakon yang sudah tentu hanya berlakon.
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 22:21:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015