Memperkasakan Ekonomi Bumiputera Bukan Menafikan Kepentingan Kaum - TopicsExpress



          

Memperkasakan Ekonomi Bumiputera Bukan Menafikan Kepentingan Kaum Lain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini meminta rakyat supaya tidak salah sangka dan salah faham terhadap usaha pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan bukan dengan jalan memintas atau mengambil hak orang lain mahupun menafikan kepentingan sesiapa. Sebaliknya, ia dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu terus mencipta serta menjana kekayaan baharu agar nikmat dan kemakmurannya dapat diraih dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama. Beliau berkata perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak iaitu kerajaan sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang agenda Bumiputera sebagai agenda nasional. Kata Najib jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak terbela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020. Dalam usaha untuk membantu Kaum Bumiputera ini, penulis merasakan adalah lebih baik jika kerajaan dapat asingkan sebarang statistik antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak, jangan dipukul rata dengan purata. Sebab perbezaannya amatlah besar antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Perbezaan ketara itu akan tenggelam jika digunakan angka purata dan kesannya, kita tidak dapat beri penekanan khusus kepada kawasan2 yang benar2 terdesak. Dari kajian peratusan kemiskinan dan pengangguran di Sabah/Sarawak jauh lebih tinggi kalau dibandingkn dengan Semenanjung. Lapuran berita bergambar selanjutnya...
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 10:00:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015