Mencegah Osteoporosis - Minyak zaitun membantu penyerapan mineral - TopicsExpress



          

Mencegah Osteoporosis - Minyak zaitun membantu penyerapan mineral dan kalsium yang diperlukan untuk mencegah kemerosotan tulang. Memudahkan Penghadaman, Usus, Sakit Perut, Kecacingan, Angin dan Menghilangkan Sembelit - Paras asid yang rendah membuatkan ianya dapat membantu dalam memudahkan sistem penghadaman badan serta mengawalnya. Cara penggunaannya: Mengatasi sembelit dengan cara meminum 1 sudu teh minyak zaitun setiap pagi atau ketika sembelit. Masalah sembelit juga dapat diatasi dengan memakan jeruk buah zaitun. atau boleh juga mencuba: Dibaca ayat Syifa dan diminum sesudu 1 jam sebelum makan apa-apa Merendahkan Kolestrol, Tekanan Darah, Risiko Sakit Jantung dan Pelbagai Masalah Kesihatan Lain - Vitamin E dalam minyak zaitun membantu dalam merendahkan kolestrol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung. Untuk itu, selepas mengambil lemak yang tinggi diikuti dengan pengambilan minyak zaitun, dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Minyak zaitun juga membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan. Cara pengambilan: Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. Sebagai Tonik Kepada Masalah Penuaan Dan Masalah Seksual - Ia juga sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia juga dapat mengatasi masalah seksual dan melincinkan proses persetubuhan. Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur ke dalam masakan. Disapu kepada anggota kelamin lelaki atau wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan. Mengubati Penyakit Kulit - Minyak zaitun berkemampuan dalam mengatasi penyakit kulit yang dideritai antaranya bisul, ruam lampin, gatal-gatal. Mengatasi Penyakit Gigi Dan Gusi - Minyak zaitun turut membantu mengatasi ulser mulut yang kronik, sakit gigi dan gusi. Cara penggunaannya: Mencampur sedikit minyak zaitun bersama garam dan disapu pada gusi yang mengalami ulser. Boleh juga dibuat basuhan mulut.
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 15:19:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015