Mengapa WANITA HAMIL mengalami morning sickness???? Wanita - TopicsExpress



          

Mengapa WANITA HAMIL mengalami morning sickness???? Wanita bergelar ibu pasti pernah merasakan derita morning sickness iaitu rasa loya dan mual yang disertai oleh muntah-muntah yang teruk. Biarpun digelar morning sickness, tetapi ia bukan hanya dialami pada waktu pagi sahaja, kerana ada juga yang mengalaminya pada waktu petang, mahupun malam. Malahan ada yang sehari suntuk sehingga mengganggu semua urusan dan rutin harian. Di dalam istilah perubatan, muntah-muntah ini disebut sebagai hyperemesis gravidarum dimana hyper dan emesis membawa makna muntah yang berlebihan. Kajian menunjukkan hampir 50-90 peratus daripada wanita hamil mengalami mual dan muntah-muntah pada trimester pertama kehamilan iaitu pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika anda mengalaminya, usah terlalu risau. Rasa loya dan mual ini tidak mendatangkan sebarang implikasi buruk kepada bayi selagi anda tidak mengalami dehidrasi yang boleh membahayakan diri dan bayi dalam kandungan. Apatah lagi, sindrom loya dan muntah ini akan hilang dengan sendirinya pada akhir trimester pertama dan anda akan memasuki trimester kehamilan berikutnya dengan perasaan dan keadaan yang lebih baik. APAKAH PENYEBABNYA???? 1. Peningkatan hormon estrogen - peningkatan hormon estrogen membuatkan kadar asid di perut bertambah sehingga menimbulkan rasa mual. Rasa loya ini biasanya muncul pada waktu pagi ketika perut ibu berada di dalam keadaan kosong. 2. Perubahan metabolisme glikogen hati - Kehamilan menyebabkan metabolisme glikogen hati yang menjadi pemicu rasa mual dan loya yang dialami oleh ibu hamil. 3. Faktor HCG - Rasa mual juga dipengaruhi oleh peningkatan kadar hormon Human Chorionic Gonodotrophin (GHC) yang dihasilkan oleh plasenta pada peringkat awal kehamilan. Disebabkan hormon ini dihasilkan oleh plasenta, maka wanita hamil kembar lebih teruk mengalaminya. 4. Faktor psikologi - Keadaan ibu yang tidak bersedia untuk hamil akan membuatkan mereka berasa tertekan sewaktu proses kehamilan. Perasaan tertekan itu turut menyebabkan rasa mual dan muntah. Bagi mengatasi masalah ini saya ada produk shaklee yang sesuai utk anda... nak dapatkannya pm/sms/wassup nadz lolin laju2 ..... 012 - 496 1096 ID: 964751
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 12:44:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015