Mengapa kita sering berlainan sikap, sudut pandang dan kemahuan - TopicsExpress



          

Mengapa kita sering berlainan sikap, sudut pandang dan kemahuan dengan pasangan kita? Mengapa kita suka bercuti ke pergunungan, pasangan kita suka bercuti di persisiran pantai? Mengapa kita menzahirkan kasih sayang melalui kata-kata, tetapi pasangan kita sukar meluahkannya? Menurut Carl Jung, pakar psikoterapi ; kita memilih pasangan yang berlainan karekter dan citarasa dengan kita adalah kerana secara tidak sedar, ada bahagian gelap dalam diri kita (our shadow side) yang ingin tumbuh atau di terangi cahaya. Sebab itu saya sering berkongsi idea, bahawa pasangan kita adalah guru terdekat kita. Guru yang menjadikan kita bertumbuh lebih dewasa. Jika kita jenis yang banyak bercakap, pasangan kita pula kurang bercakap dan banyak mendengar. Maka dia adalah guru yang mengajar kita supaya menjadi pendengar yang baik. Jika kita jenis yang suka membuat perkara yang besar-besar, pasangan kita pula orang yang sangat teliti dan prihatin akan perkara-perkara yang kecil. Maka pasangan kita dalah guru yang mengajar supaya kita lebih berpijak di bumi yang nyata (grounded) dan lebih teliti dan perihatin. Begitu juga dengan perbezaan- perbezaan yang lain antara kita dan pasangan. Jadikan ia bumbu pertumbuhan spiritual kita bukan menjadi bumbu persengketaan kita. Guru saya sering berpesan, ketika kita menikmati yang manis dari pasangan kita, kita juga perlu menikmati yang pahit darinya. Salam dari hati, Diyana Tahir eHati Coach. Transformasi Hati Penyembuhan Jiwa di bit.ly/19GqWpP *Daftar sekarang dengan yuran promo 50% Diskaun.
Posted on: Thu, 16 Jan 2014 05:09:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015