Meninggal dunia 25 minit setelah duduki peperiksaan PASIR PUTEH - TopicsExpress



          

Meninggal dunia 25 minit setelah duduki peperiksaan PASIR PUTEH 6 Nov. - Seorang pelajar Maahad Saniah di sini yang menjadi sandaran memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), meninggal dunia selepas pengsan ketika menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 yang bermula hari ini.Nur Syazwani Arifin, 17, dikatakan terjatuh dari kerusi dan terbaring di lantai dewan peperiksaan sekolah berkenaan selepas 25 minit menjawab kertas tersebut yang bermula pukul 8 pagi.Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, pelajar terbabit kemudian dibawa oleh pengawas peperiksaan ke bilik rawatan sekolah sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk menerima rawatan di wad kecemasan kira-kira pukul 9 pagi, namun disahkan meninggal dunia.Bapa pelajar itu, Arifin Deraman, 48, merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut. Dia turut dimaklumkan oleh pengurusan sekolah berhubung kejadian yang menimpa anaknya, katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTA hari ini.Yang turut hadir menziarahi arwah di HTA ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, Zawawi Othman; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan) Pasir Puteh, Mohd. Kait Abdullah dan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia.Mohd. Kamal berkata, Nur Syazwani berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal dan berdasarkan siasatan awal polis tidak menemui sebarang tanda yang menyebabkan kematiannya.Polis sedang menunggu keputusan bedah siasat pakar forensik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk mengetahui punca sebenar kematian pelajar ini kerana sebelum ini Nur Syazwani tidak mempunyai rekod penyakit kronik, katanya.Sementara itu, Arifin ketika ditemui di HTA berkata, arwah anaknya merupakan pelajar Tingkatan 5P1 pernah mengadu pening kepala, sakit belakang dan dada sejak dua minggu lalu.Doktor hanya mengesahkan Nur Syazwani mengalami komplikasi gastrik namun dalam sehari dua ini arwah semakin sihat dan bersemangat untuk menghadapi hari pertama peperiksaan SPM hari ini.Beberapa malam lepas dia tekun menelaah pelajaran dan pagi ini wajahnya ceria sempat mencium tangan saya ketika bersalaman dan meminta saya mendoakan keberkatan bagi membolehkannya menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, katanya.Arifin berkata, Nur Syazwani merupakan anak keempat daripada enam beradik dan salah seorang pelajar cemerlang sekolah itu yang disasarkan memperoleh keputusan 10A dalam SPM tahun ini. Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Pendidikan/20131107/pe_03/Meninggal-dunia-25-minit-setelah-duduki-peperiksaan#ixzz2juwpH1j6 © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 01:12:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015