Menjelang tahun 2018, semua jalan utama di Terengganu (dari Besut - TopicsExpress



          

Menjelang tahun 2018, semua jalan utama di Terengganu (dari Besut hingga Kemaman) akan melibatkan 4 laluan. Ini akan melancarkan lalulintas seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi dalam negeri. Ia satu keputusan kerajaan negeri yang sangat baik. Ia wajar dipuji. Tetapi ada beberapa ruang yang perlu diperbaiki dan rakyat juga perlukan penjelasan. Antaranya jalan masuk menghala ke Kuala Dungun yang tak siap sampai sekarang. Sudah lebih 5 tahun. Pernah dilihat hampir siap tetapi dirombak semula dan diturap kembali. Ia dilihat berulang beberapa kali. Rakyat rimas menggunakan jalan yang tidak siap manakala perniagaan oleh pemilik premis berhampiran juga terjejas. Bandar Dungun semakin tidak menarik untuk dikunjungi. Saya fikir, perkara sebegini tidak berlaku di tempat lain. Sampai bila?
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 14:36:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015