Menjerit sebelum meragut Wartawan Sinar Harian 9 Julai - TopicsExpress



          

Menjerit sebelum meragut Wartawan Sinar Harian 9 Julai 2013 REMBAU – Seorang wanita diragut dua lelaki bersenjatakan pisau ketika dia dalam perjalanan ke salun rambut di Pekan Pedas dari kediamannya di Taman Koperasi KSNS Pedas, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9.05 pagi itu, mangsa, A. Ellamah, 59, berjalan seorang diri sebelum diragut berhampiran persimpangan tiga jalan utama Seremban-Rembau-Kundur. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian dia tiba-tiba mendengar suara lelaki yang menjerit kepadanya. “Dua lelaki itu menaiki sebuah motosikal berwarna hitam tiba-tiba menjerit kepada saya. Saya yang bimbang tetap meneruskan perjalanan. “Bagaimanapun, dua lelaki berkenaan berpusing kembali dan menghalang jalan saya. Dalam sekelip mata sahaja salah seorang daripada mereka mengeluarkan pisau dari pinggang seluar dan mengacukan kepada saya sebelum melarikan beg tangan saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam. Ellamah berkata, susulan kejadian berkenaan, rantai tangan dan cincin emas, wang tunai RM100 serta dokumen pengenalan dirinya dilarikan penyamun berkenaan yang mana jumlah kerugian dianggarkan lebih RM3,000. Menurutnya, jika sebelum ini dia ingat barangan kemasnya yang disimpan dalam beg lebih selamat dan dia tidak menjadi mangsa ragut namun lain pula yang berlaku. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan dan kes berkenaan kini masih dalam siasatan.
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 03:58:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015