Menteri BN kalut terpaksa pertahan si RATU SHOPPING ROSMAH - - TopicsExpress



          

Menteri BN kalut terpaksa pertahan si RATU SHOPPING ROSMAH - Rafizi? KUALA LUMPUR - Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, telah dinobatkan sebagai Ratu Beli-belah oleh Ketua Pembangkang yang sudah meluat, hairan dan jijik pada pendedahan yang telah dilakukan di Parlimen berikutan perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Qatar. Pengesahan oleh YB Azalina (Ahli Parlimen Pengerang) bahawa Rosmah pergi atas kapasiti peribadinya dengan menggunakan jet peribadi yang dibayar menggunakan dana kerajaan adalah satu penghinaan besar terhadap rakyat di saat kita diminta untuk menempuh kesukaran yang disebabkan oleh penarikan balik subsidi-subsidi kerajaan, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle. Apa yang lebih mengejutkan adalah dia pergi atas dasar peribadi, kami diberitahu bahawa dia telah diiringi oleh pegawai-pegawai dan para pembantunya. Siapa yang menaggung semua perbelanjaan mereka? Tidak syak lagi tentunya pembayar cukai. Sikap borosnya dan suka menggunakan duit rakyat menampakkan bahawa dia langsung tiada akauntabiliti seolah-olah dia adalah seorang ratu, saya akan mahkotakan dia sebagai.. Ratu Beli Belah
Posted on: Mon, 25 Nov 2013 12:59:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015