Merancang PERSARAAN dalam usia muda.. Bagi mereka yang baru mula - TopicsExpress



          

Merancang PERSARAAN dalam usia muda.. Bagi mereka yang baru mula bekerja, tumpuan lebih terarah kepada kehidupan yang seronok dan bahagia, iaitu memiliki rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Tidak mungkin pada masa ini, mereka pula dikehendaki untuk memikirkan tentang persaraan. Sekarang adalah masa untuk enjoy. Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah silap. Jika melihat kepada data sedia ada tentang persediaan untuk menghadapi persaraan, ia amat tidak menggalakkan. Dalam kajian yang dikendalikan oleh Citibank mendapati: • 60% pengguna tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka • Hanya 22% mempunyai satu pelan persaraan Dalam satu kajian yang dilakukan oleh FOMCA pula, bila ditanya, “Adakah anda rasa bahawa simpanan anda mencukupi untuk untuk kegunaan semasa persaraan?”, sebanyak 64% yang menjawab, “Tidak!”. Ramai pengguna hanya mengharapkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kos hidup mereka selepas bersara. Berdasarkan laporan di Berita Harian, “Kira-kira 72% pencarummenghabiskan semua simpanan mereka dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pengeluaran selepas bersara. Persaraan adalah masa apabila anda tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji, sebaliknya anda akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka setiap pengguna harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan mereka apabila bersara. Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, pengguna harus mempunyai tabungan dan pelaburanyang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa seseorang bekerja untuk 30 hingga 35 tahun, seseorang mesti memilih satu-satu pelan persaraan dan harus berkomited untuk mematuhi pelan tersebut sehingga bersara. Anda dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur...
Posted on: Thu, 13 Feb 2014 02:05:03 +0000

Trending Topics



/b>

Recently Viewed Topics




© 2015