Mesir Berdarah: Beberapa Nota Ringkas 1. Ketika nota ini dibuat, - TopicsExpress



          

Mesir Berdarah: Beberapa Nota Ringkas 1. Ketika nota ini dibuat, telah ribuan nyawa civillians yang telah gugur di muncung senjata tentera dan pasukan keselamatan Mesir. Sejumlah besar korban terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga emas 2. Dr Muhammad Mursi adalah presiden pertama yang dipilih melalui pilihanraya demokratik dalam sejarah Mesir moden. Tidak seperti presiden2 Mesir sebelum ini, Dr Mursi adalah presiden pertama Mesir bukan daripada golongan Jeneral tentera. Hakikat ini sudah cukup menunujukkan betapa berpengaruhnya tentera dalam politik Mesir. Bagi yang memahami fakta ini, adalah terang lagi bersuluh bahawa jeneral2 tentera sememangnya berpengaruh dalam politik Mesir dan memainkan peranan secara langsung dalam menggulingkan kerajaan sah pimpinan Dr Mursi. Apa yang berlaku adalah MILITARY COUP dan bukannya pengambilalihan kuasa politik secara demokratik. 3. Membaca sejarah Mesir, Ikhwan Muslimun tidak pernah sunyi daripada diazab oleh kerajaan yang dipimpin Jeneral tentera dan pertubuhan ini sentiasa dicap sebagai enemy of the state. Pertubuhan ini diharamkan dan ramai pimpinannya menemui ajal di tali gantung. Hanya selepas revolusi rakyat (thawrah sya’biyyah) 2011, Ikhwan kembali didaftarkan sebagai NGO rasmi. Seterusnya menubuhkan FJP untuk menyertai pilihanraya demokratik pertama Mesir setahun selepas itu. 4. Selepas berlaku rampasan kuasa beberapa hari sebelum bulan Ramadan baru-baru ini, pendokong Ikhwan dan Dr Mursi mengadakan peaceful sit-in khususnya berpusat di medan raba’a al adawiyah. Timbul persoalan, adakah para demonstran punya stamina untuk meneruskan sit-in tersebut apatah lagi dalam Ramadan. Ada yang meramalkan bahawa Ikhwan akan berundur mengalah dan sekali lagi mepamerkan kesabaran mereka yang luar biasa menghadapi tribulasi berhadapan dengan Polis-Tentera. Tidak kurang juga yang meramalkan bahawa Ikhwan akan mengambil tindakan mengisytiharkan jihad mengangkat senjata berhadapan dengan pasukan keselamatan Mesir. Ramalan tersebut ada asasnya kerana perang saudara di Syria sangat rapat diikuti oleh Ikhwan di Mesir. 5. Walaubagaimanapun kedua-dua ramalan meleset. Bahkan medan raba’a semakin bersemarak dengan iltizam dan nekad pendokong Syar’iyyah tetapi penuh disiplin dan tertib. Medan Raba’a menjadi venue kepada karnival kemanusiaan raksasa. Mereka sedikit pun tidak tersentuh dengan provokasi Al Qaeda, begitu juga daripada Tamaroud dan anasir mukhabarat. Game plan Ikhwan kali ini menggelisahkan tentera. 6. Sebelum meletusnya massacre di medah Nahda dan Raba’a Adawiyah pada 14 Ogos 2013, Ikhwan telah bersetuju untuk berbincang lanjut tentang pelan damai yang dibentang oleh wakil rasmi Kesatuan Eropah, Bernhardino Leon. Walaubagaimanapun pelan damai itu ditolak oleh tentera. Seterusnya berlakulah pertumpahan darah yang sebenarnya boleh dielakkan daripada awal. Bahkan interim Vice President, el Baradei meletakkan jawatan sebagai tanda protes kepada kerakusan al Sisi dan tenteranya. Kenyataan kerajaan kudeta bahawa mereka memerangi pengganas adalah propaganda yang biasa diguna oleh mana-mana regim dalam memerangi rakyat mereka sendiri. 7. Pembantaian ke atas Ikhwan kali ini juga menarik simpati masyarakat dunia kecuali Raja Saudi, UAE dan ….. Pada mereka, pertempuran di Mesir adalah jelas; pertembungan antara penyokong Presiden yang sah dan penyokong MILITARY COUP. Muhd Ramadhan Fitri Ellias
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 04:49:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015