Minyak naik lagi, gaji bagaimana? Syed Abdullah Syed Osman - TopicsExpress



          

Minyak naik lagi, gaji bagaimana? Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail , Tersentak apabila mendapat berita bahawa harga RON 95 dinaikkan 20 sen seliter. Kenaikan itu agak tinggi dan boleh membebankan rakyat yang sudah pun terbeban dengan masalah harga barang keperluan harian yang melambung tinggi sedangkan gaji dan pendapatan keluarga masih ditahap hampir-hampir termasuk didalam kategori sebagai rakyat termiskin di negara ini. Untuk menyedapkan hati rakyat maka Pak-Pak Menteri saperti biasa akan berkatalah kononnya harga petrol lebih jauh lagi murah daripada negara jiran. Ada Menteri pula beri amaran supaya jangan naikkan harga barang-barang keperluan harian termasuk di pusat-pusat beli-belah dan ada pula mengatakan ia untuk menaikkan lagi ekonomi rakyat Malaysia. Agak keliru juga dibuatnya, namun setahu saya memanglah harga petrolnya di negara jiran berlipat kali ganda tinggi tetapi kerajaan mereka mampu membayar gaji seimbang dengan kos sara hidup di negara berkenaan dan bukannya gaji masih ditahap lama tetapi harga barangan semakin meningkat sesuka hati itu. Begitu juga apabila seorang Menteri dengan lantang memberikan amaran supaya jangan ambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan kerana akan mengundangkan inflasi.Dalam hal ini, untuk pengetahuan Pak Menteri berkenaan dan mereka yang bersependapat dengannya bahawa harga barang sudah pun naik melambung dan kami rakyat berpendapatan rendah ini terasa sangat akan bahangnya itu. Tahukah anda bahawa harga barang-barang keperluan harian kita dinaikkan berperingkat-peringkat tanpa kita sedari seperti dinaikkan 5 sen atau sepuluh sen sehari atau seminggu atau pun sebulan setiap kali dinaikkan harga tanpa membuat pengumuman secara rasmi. Diharap pihak kerajaan dan pihak swasta hendaklah mengambil contoh sebagaimana negara-negara maju. Lihat Jepun, Singapura atau Hong Kong dan bandingkan dengan kita. Walaupun kos kehidupan di sana tinggi tetapi rakyatnya masih mampu tersenyum kerana apa juga kenaikan kos dapat diseimbangkan dengan pendapatan pekerjanya. Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju ke arah negara maju hendaklah juga ikut teori ini kalau mahu melihat kita berjaya dan tiada menghadapi masalah pada masa akan datang. Dalam masa yang sama benteraslah rasuah habis-habisan tanpa mengira sesiapa sahaja dan apa juga kedudukan mereka. Untuk menjadi sebuah negara maju syarat utamanya benteras rasuah; kedua benteras pendatang asing secara berterusan; ketiganya benteras jenayah habis-habisan kerana jenayah juga boleh mendatangkan musibah kepada pentadbiran dan ekonomi negara dan akhir sekali benteras masalah sosial. Keempat Kerajaan hnedaklah mengkaji semula dan memperbaiki sistem pentadbirannya agar lebih kemas dan bersistematik dan wajar menirunya daripada negara-negara yang jauh lebih maju daripada kita dan akhir sekali naikkanlah gaji pekerja mengikut keadaan kos kehidupan semasa. Kita kaya dengan sumber alam dan jika sekiranya kita tahu untuk dimulakan dan dimana,Insya-Allah rakyat akan terbela dan kerajaan akan disanjungi rakyat nanti kerana ini satu amanah perlu ditunaikan.
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 00:28:30 +0000

Trending Topics




© 2015