Moga-moga hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa. Tetapi - TopicsExpress



          

Moga-moga hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa. Tetapi adakah kita sudah mencapai darjat taqwa? Saya tertarik dengan bidalan tranformasi terjadinya kupu-kupu. Dari proses telor, larva dan pupa hingga menjadi seekor kupu-kupu memakan masa 40 hari. Kejayaan seekor kupu-kupu ialah ia boleh tetbang. Begitu juga orang yang berpuasa selama 30 hari, ada jiwa transformasi keringan dari melakukan dosa dan hati nurani sejuk dan lembut memikirkan kebesaran Allah. Satu pengubatan psyaikologi kepada seorang insan bila berpuasa ialah menghilangnya sifat takabur. Dari hadith ada menerangkan bahawa barang siapa ada sezahrah dalam hatinya sifat takabur, maka tidak boleh masuk syurga. Jikalau ingin mengenai ciri-ciri orang takabur ialah, memandang orang lain lemah, merasa diri sendiri hebat dan suka merendahkan orang lain. Dikhabarkan bahawa Aisyah rhu ada mengatakan perempuan itu gemuk. Rasullullah menegur Aisyah bahawa kamu merasakan diri mu cantik sebab itu terkeluar cemohan perkatan gemuk. Khalifah Saidina Omar Abd Aziz menasihati anaknaya yang pakai cincin 100 Dirham supaya menjualkanya dan duitnya disedekah pada fakir miskin,. Jika ingin pakai juga, beli yang 2 Dirham sahaja. Anak pemimpin islam tidak boleh bermewah dengan cincin bejuta-juta (faham-faham ye) kerana di sana ada ramai orang yang miskin yang perlu dibantu. Islam tidak melarang bermewahan dengan harta benda tetapi mampukah kita melawan perasaan ujub dan ia menghancurkan ibadah kita. Oleh itu Ramadhan telah mertarbiyah kita menjadi orang soleh dan boleh membuang sifat takabur dan sentiasa merendahkan diri. Cara untuk tawaduk ialah memberimpujian kepada orang yang kita benci, amalkan sikap mendengar dan tidak merasakan kita lebih dari orang lain. Nabi pernah ditegur dan dikisahkan dalam surah Abasa oleh kerana bermasam muka dengan Abdulah ibnu Maktum seorang buta . Selepas peristiwa itu, nabi menghamparkan selendangnya untuk menjemput Abdullah duduk bersebelahannya oleh kerana kau aku ditegor oleh Allah. Sudah bertahun kita berpuasa, adakah maqam kita naik meningkat seperti maqam kupu-kupu yang bebas dari tarikan graviti dan boleh terbang di udara. Fikir-fikirkan nilai diri kita selepas 30 hari melaksanakan trasformasi diri. Wallah wu alam.
Posted on: Wed, 07 Aug 2013 01:23:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015