Muhyiddin Ketuai Senarai 935 Penerima Anugerah Kebesaran - TopicsExpress



          

Muhyiddin Ketuai Senarai 935 Penerima Anugerah Kebesaran Sarawak KUCHING, 14 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai senarai 935 penerima anugerah kebesaran kerajaan negeri Sarawak sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang ke-92 Sabtu.Beliau merupakan penerima tunggal anugerah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas merupakan dua penerima anugerah Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara empat penerima anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri.Dua penerima lain ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Presiden Limkokwing University of Creative Technology Tan Sri Lim Kok Wing sementara Presiden Tokuyama Corporation Japan, Kazuhisa Kogo penerima tunggal (Kehormat) PNBS.Sembilan orang menerima anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengerusi Eksekutif National Aerospace and Defence Industry Sdn Bhd Tan Sri Ahmad Johan, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan bekas Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng.Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak Julaihi Narawi, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak Dr Jerip Susil, Menteri Muda Perumahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah, Panglima 1 Divisyen Mej-Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Pengarah Urusan Bina Puri Construction Sdn Bhd Datuk Henry Tee Hock Hin dan Datuk Ismail Hashim.Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad Torstein Dale Sjotveit merupakan penerima tunggal PGBK (Kehormat).Enam orang menerima anugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu iaitu Mufti Kerajaan Negeri Sarawak Kipli Yassin, Pengarah Yayasan Sarawak Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei SarawakSajeli Kipli, Timbalan Setiausaha Kewangan Sarawak Laura Lee Ngien Hion, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Abdillah Adam.Seramai 18 orang yang menerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato iaitu Pengerusi Perkim Sarawak Datin Hanifah Hajar Taib-Alsree, Setiausaha Sulit Yang Dipertua Negeri Khir Busrah, Ketua Pegawai Eksekutif Usaha Cendera Sdn Bhd Ngeng Eng Cheng, Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg, Ketua Pengarah Malaysian Pepper Board Grunsin Ayom, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia Abdul Latif Abu Seman dan Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak Baharuddin Abdullah.Yang lain Pengarah Forescom Sarawak Sdn Bhd Hii King Chiong, ahli perniagaan Andrew Wong Kee Yew, Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd Steve Ng Thian Yew, peguam Wong Sing Nang, ahli perniagaan Henry Opang Luhat, Anggota Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak SPDP) Chai Shong Phian, Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Zain Pengiran Salleh, bekas Datuk Bandaraya Kuching Utara Abang Mohamad Atei Abang Medaan, ahli perniagaan Winsel Ahtos, William Tang Tieng Kee dan Rorete@ Clarence Rorote Sagon.Pemuzik dari Indonesia Idris Sardi penerima tunggal PSBS (Kehormat).Sementara itu Ketua Biro Bernama Sarawak Caroline Anne Ranyed Jackson turut menerima Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB).Penerima lain menerima Johan Bintang Sarawak (JBS) (seramai 11 orang), Johan Bintang Kenyalang (JBK) (10), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) (3), Pingat Perwira Negeri (PPN) (3), Pegawai Bintang Sarawak (PBS) (29), Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) (57), PPB (83), PPB (Posthumous) (1), Ahli Bintang Sarawak (ABS) (Kehormat)(1), ABS (253) Ahli Bintang Kenyalang (ABK) (167) dan Bentara Bintang Sarawak (BBS) (274).-- BERNAMA
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 17:21:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015