Mungkin masalah timbul kerana apabila kita nak mengambil sesuatu - TopicsExpress



          

Mungkin masalah timbul kerana apabila kita nak mengambil sesuatu daripada generasi yang terdahulu, kita mengambil 7 = 2(3) + 1; sedangkan yang patut kita ambil ialah y = mx + 1. Yang constant itu kita kekalkan. Yang variable itu kita gantikan dengan parameter yang sesuai dengan waqi’ sekarang. Berapa banyak saja perkara qath’ie dalam Islam? Sepatutnya “c” saja yang menjadi constant dalam menggariskan thawabit. Namun apabila “m” dan “x” pun turut dibekukan maka lahirlah keputusan-keputusan yang jumud dan tak kena tempat. Al-Banna, al-Mawdudi, Sayyid Qutb etc – they were revolutionaries. Our forefathers of da’wah here in Malaysia were also revolutionaries. Mereka mentajdidkan Islam pada zaman mereka dan di tempat mereka. Mereka merenggut “spirit of Islam” yang hangat mengalir sepanjang perjalanan sejarah lalu mereka menganyamnya di celah kebudayaan, teknologi dan pemikiran masyarakat pada waktu itu dan dengannya mereka menggegarkan dunia tanpa mengkompromikan pilar-pilar utama Dīn ini. Kita lupa nak ambil spirit tersebut. Kita asyik fokus pada metode, rupa dan protokol. Akibatnya, benda-benda mutaghayyirat kita thawabitkan. We forget to become revolutionaries, we are content with just becoming followers. Kita nak kekalkan apa yang boleh dikekalkan sebanyak mungkin – bukan kerana Islam, tapi supaya memori-memori “nostalgia” zaman usrah awal-awal dulu boleh dikekalkan dan tidak “dirosakkan” oleh golongan muda pada hari ini. Kita nak kekalkan sesuatu yang kita bina kerana kita bina, bukan kerana sesuatu itu memberi manfaat kepada Islam. Kekalkan spirit, bukan sentimen. Kekalkan haqq, bukan nostalgia. Yang haqq (true) dahulu masih haqq sekarang, tetapi yang showab (correct) dahulu tak semestinya showab hari ini.
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 07:54:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015