Muslimat teruskan perjuangan Ketika menghadiri Majls Keshukuran - TopicsExpress



          

Muslimat teruskan perjuangan Ketika menghadiri Majls Keshukuran PAS di Jelebu Negeri Sembilan kelmarin, saya masih terkenang suasana ketika kempen PRU di kawasan parlimen di Negeri Sembilan itu. Majlis kesyukuran di Felda Pasoh, Jelebu itu diadakan untuk meraikan bekas dua calon PAS - Wan Aishah Wan Ariffin, bekas calon PAS di Jempol dan Aimah Atirah Al-Jundi, bekas calon PAS di Jelebu, serta bekas calon PAS Dun Sungai Lui, Nur Hanif Selama. Ramai peneroka Felda turut menghadiri majlis malam itu. Dengan keramahan tuan rumah, beserta hidangan masakan ‘Orang Nogori’, mengingatkan saya ketika berada di Jelebu dan Jempol mengikuti kempen PRU sebulan yang lalu – menarik dan mencabar. Di majlis yang meriah malam itu seperti tidak terasa akan kekalahan calon-calon PAS di situ dan sebab itu Wan Aishah memberitahu saya: “Nampaknya PAS ni, sama ada kalah atau menang tetap buat kenduri kesyukuran. Hubungan dengan Allah sangat kuat.” Pada PRU yang lalu itu, saya dan teman-teman mengikuti kempen calon PAS di Jempol, Wan Aishah dan calon PAS di Jelebu, Aiman Atirah Al-Jundi – dua di antara calon dari Dewan Muslimat yang diketengahkan. Kedua-dua kawasan parlimen itu wujud tanah rancangan Felda yang luas. ikuti coretan penuh pak shukur di: bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/wartawan/19907-bertemu-aishah-atirah-selepas-pru
Posted on: Mon, 10 Jun 2013 13:12:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015