[ NABI ISA A.S LAHIR PADA MUSIM PANAS[OGOS@SEPTEMBER] BUKAN MUSIM - TopicsExpress



          

[ NABI ISA A.S LAHIR PADA MUSIM PANAS[OGOS@SEPTEMBER] BUKAN MUSIM SEJUK[ DISEMBER] ] dalilnya: 1) Firman Allah Taala: فأجآءها المخاض إلى جذع النخلة Maka rasa sakit untuk melahirkan anak memaksa dia(Maryam)bersandar pada pangkal pokok kurma [ Maryam 19:23 ] Jika waktu kelahiran Isa ketika itu musim sejuk nescaya Maryam akan mencari gua atau tempat lain untuk berlindung dari cuaca yang sangat sejuk,namun Maryam memilih pohon kurma untuk berpaut dan berlindung dari manusia untuk melahirkan Isa. 2) Firman Allah Taala: قد جعل ربك تحتك سريا Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai dibawahmu [Maryam 18:24] As-Sariyy: bermaksud anak sungai kecil yang mengalir,kalau cuaca ketika itu sejuk nescaya anak sungai tersebut tidak akan mengalir bahkan akan membeku,lebih-lebih lagi Isa a.s lahir di Syam iaitu di Baitulaham di bumi Palestin,bumi Syam dikenali dengan cuaca yang sangat sejuk terutamanya pada penghujung bulan Disember dan awal Januari,kewujudan anak sungai yang mengalir laju (السري) dalam bahasa arab membawa maksud sifatnya yang mengalir deras,ianya menunjukkan ianya berlaku pada musim panas bukan pada musim sejuk. 3) Firman Allah Taala: وهذي إليك بجدع النخلة تساقط عليك رطبا جنيا Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu,nescaya ianya akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu [ Maryam 19:25 ] Rutob(رطب) merupakan peringkat kurma yang akhir bermula dari Talu(طلع) kemudian Balah(بلح) kemudian Busra(بسرا) kemudian barulah Rutob(رطب). Kurma tidak akan sampai kepada peringkat Rutob melainkan pada kemuncak musim panas sekitar bulan Ogos dan September,bagaimana dikatakan Rutob masak pada musim sejuk??. 4) Firman Allah Taala: فكلي واشربي وقري عينا Maka makan dan minunlah dan bersenang hatilah [ Maryam 19:26] Maryam minum dari air yang panas bukan air sejuk,jika ianya berlaku pada musim sejuk nescaya air yang diminum oleh Maryam sangat sejuk dan ianya memudaratkan.Wanita yang melahirkan anak diketahui tidak akan senang dengan air yang sejuk bahkan dia memerlukan air yang suam(tidak terlalu sejuk dan panas) 5) Di dalam Injil juga mengisyaratkan kelahiran Isa a.s berlaku pada musim panas bukan musim sejuk,sila rujuk Luke 2/ms 170-171,Barnaba 3/6-13,Matthew 2/ms 3-4. Bahkan didalam Injil sekalipun dengan banyaknya versi dan penyelewengan berlaku dalamnya tidak pernah menjelaskan kelahiran Isa a.s pada musim sejuk. # Kesimpulan: Kelahiran Isa a.s bukanlah pada 25 Disember namun iaitu pada musim sejuk,namun zahir daripada Al-Quran menunjukkan bahawa Isa lahir pada kemuncak musim panas iaitu sekitar Ogos atau September.Wallahualam. -Abul Hussein- [ Bayan Khata` At-Tarikh Al-Miladi wa Ithbat Anna Isa a.s wulida Soifan La Syitaan oleh Adil b. Abd Aziz Ali Al-Julaifi ]
Posted on: Sat, 30 Nov 2013 10:27:08 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015