NAHAS pesawat Lao Airlines yang terjunam kedalam Sungai Mekong - TopicsExpress



          

NAHAS pesawat Lao Airlines yang terjunam kedalam Sungai Mekong minggu lalu sehingga mengorbankan 38 penumpang manakala 11 lagi masih hilang secara tiba-tiba mengimbau kembali kenangan saya semasa berada di negara Laos sepuluh tahun lalu. Semasa itu saya melakukan aktiviti backpacking bersama seorang sahabat ke negara-negara Indo-China termasuk Vietnam dan Cambodia. Semasa sampai di sempadan Laos-Cambodia hari telah memasuki senja. Atas nasihat pengawal sempadan, mereka menasihatkan kami agar menangguhkan hasrat memasuki Cambodia pada keesokkan harinya kerana faktor keselamatan memandangkan kawasan itu terkenal dengan kejadian rompakan terutama kepada pelawat asing. Tambahan pula di situ masih lagi penuh dengan sisa-sisa periuk api peninggalan regim Pol Pot. Untuk pengetahuan, sempadan Laos-Cambodia yang kami lalui itu berada di daerah paling selatan Laos yang namanya Champasak. Ia terletak berhampiran Sungai Mekong di mana berlakunya tragedi nahas pesawat itu. Sempadan itu adalah sempadan yang jarang dilalui oleh pelancong asing terutama warga Eropah dan Barat yang ramai disana. Semuanya atas sebab-sebab yang saya nyatakan tadi. Mungkin kerana kemahuan yang tinggi, kami bertekad untuk meredah je... Bersambung....
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 16:53:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015