~ NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM Nama melambangkan keperibadian - TopicsExpress



          

~ NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM Nama melambangkan keperibadian ibu bapa selain menjadi doa dan pengenalan diri bagi si anak. Oleh kerana itu janganlah menzalimi anak sendiri dengan memeberi mereka nama yang tidak sepatutnya. Hukum nama boleh dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu nama yang paling baik, yang memang baik, yang dikira baik, yang kurang baik tapi masih tidak dilarang dan yang akhirnya ialah nama yang dilarang dalam Islam. Tidak kiralah nama-nama tersebut dalam bahasa Arab, Melayu, English, Jawa, Tamil, Hindustan atau lain-lain bahasa. Jika baik maknanya dalam bahasa mereka maka dibolehkan dan jika tidak baik maknanya maka dilaranglah nama tersebut seperti Fakir bin Miskin. Kaedah untuk menentukan nama anda atau anak anda termasuk dalam nama yang dilarang dalam Islam atau tidak. Nama yang paling baik ialah nama yang melambang penghambaan kepada Allah seperti Abdullah (hamba Allah), Abdul Rahman (hamba kepada Tuhan Yang Maha Pemurah), Abdul Ghaniy (hamba kepada Tuhan Yang Maha Kaya), Abdul Razzaq (hamba kepada Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki) dan Abdul Hayy (hamba kepada Tuhan Yang Maha Hidup). Untuk meletak nama yang ada “Abdul” perlu dipastikan perkataan selepasnya adalah nama dari nama-nama Allah yang 99. Jangan meletakkan selepas “Abdul” perkataan lain dari itu seperti Abdul Nabi iaitu hamba yang dicipta oleh Nabi kerana penghambaan hanyalah khusus milik Allah SWT. Nama yang memang baik pula ialah nama- nama yang diambil dari nama para nabi seperti Muhammad, Yunus, Isa, Musa, Ibrahim dan Daniel. Selain itu, nama para sahabat dan para solihin juga termasuk nama-nama yang memang baik dan digalakkan untuk diberi kepada anak-anak seperti nama Abu Bakar, Omar, Othman, Ali, Aisyah, Solahuddin, Mujahid dan sebagainya. Pastikan ejaan nama yang hendak diletak bagi nama-nama yang baik adalah bertepatan dengan bahasa Arab kerana jika ada kesilapan besar dalam ejaan boleh menyebabkan nama tersebut mempunyai makna yang tidak baik maka ia akan jadi nama yang dilarang dalam Islam. Kategori nama yang dikira baik pula adalah nama yang tidak mempunyai maksud buruk atau jahat walaupun nama tersebut tidak mempunyai makna. Ramai juga yang nama mereka tidak ada sebarang makna di dalam bahasa Arab, English, Melayu, Jawa dan sebagainya. Mungkin kerana ibu bapa yang memberi nama tersebut ada sebab tertentu nama itu diberi. Contohnya nama Khanapi (bukan Hanafi), nama tersebut tidak ada sebarang makna tetapi ia tetap dibolehkan kerana tidak ada unsur buruk atau jahat iaitu nama sebegitu bukanlah nama yang dilarang dalam Islam. Seterusnya nama yang kurang baik, amatlah tidak patut ibu bapa meletakkan nama yang kurang baik seolah-olahnya ada unsur mengejek anak sendiri. Biasanya nama sebegini diberi oleh ibu bapa samada dengan cara rasmi dalam surat beranak atau dengan cara tak rasmi melalui panggilan seharian. Kadang- kadang apabila dikesan ada sifat tertentu dalam diri anak maka diberilah gelaran dan nama yang bersesuaian dengan kekurangan anak tersebut. Contohnya nama Komeng, Sepet, Kering, Tumpang, Buang dan sebagainya. Anak kan amanah Allah, kenapa perlu digelarkan dengan gelaran atau nama yang tidak baik maknanya ditakuti jenis ini pun termasuk dalam kategori nama yang dilarang dalam Islam. Jenis yang paling teruk dalam perbincangan ini ialah nama yang dilarang dalam Islam. Antara nama yang amat dilarang ialah nama musuh- musuh Allah seperti Haman, Qarun, Abu Lahab, Qaisar, Kisra dan sebagainya. Begitu juga dengan nama-nama buruk seperti Jahil (bodoh), Khabis (bukan Khamis), Zalilah (perempuan hina), Syarul (keburukan) dan banyak lagi. Ada juga nama yang berunsur lucah, ia juga amat dilarang dalam Islam seperti nama yang ada “Wati” yang bermaksud orang yang berjimak selain dari bermaksud orang yang memijak. Sesiapa yang hendak memberi nama kepada bayi silalah rujuk kepada mana-mana ulama supaya tidak menyesal di kemudian hari. Jika nama anda termasuk dalam kategori nama yang dilarang dalam Islam maka cubalah tukar, kalaupun tidak tukar di kad pengenalan tukarlah di dalam panggilan. #Tat nenas#
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 12:12:58 +0000

Trending Topics



SH + KEDAH are what - kenapa tea dog -
You are who you surround yourself with. You can say no your better
News Headline: Bandai Namco announces Ace Combat Assault Horizon

Recently Viewed Topics




© 2015