NASIHAT BERHARGA MULTI MILIONAIRE ==================== Teringat - TopicsExpress



          

NASIHAT BERHARGA MULTI MILIONAIRE ==================== Teringat cerita the Billionaire. Banyak ditipu oleh peniaga senior.. Memang sama dengan nasihat dalam artikel dibawah [Kisah Benar] ===================================== Disebabkan desakan daripada rakan dan juga pembaca setia Saifulsham, saya kembali menulis walaupun saya tidak memberi jaminan bahawa saya bakal terus menulis kerap. Yang kurang syoknya, tulisan ini adalah post pertama saya untuk tahun 2012! Baiklah, saya kira saya perlu terus kepada point penting untuk tulisan kali ini. Ramai ingin tahu apakah biasanya tips rahsia dari seorang jutawan atau multi jutawan. Kita mungkin hanya lihat jutawan-jutawan hanya dalam drama dan tidak mungkin dapat menangkap buah idea mereka. Saya masih ingat pada akhir 2010, pada waktu itu Petronas Chemical bakal di senaraikan di Bursa Malaysia. Kebetulan disebabkan saya adalah staff Petronas, kami semua mendapat peluang untuk membeli saham pada harga murah daripada harga pembukaan kepada orang awam dan institusi pelaburan yang lain. Setiap staff Petronas ketika itu mendapat tawaran untuk membeli 5 lot saham Petronas Chemical. Dan dalam waktu itu, saya juga giat membawa satu kertas cadangan mengenai tanah sawit yang luas beratus-ratus ekar di Kelantan untuk ditunjukkan kepada seorang multi jutawan, iaitu Dato Salleh (Chairman Gopeng Berhad). Oh, pada siapa yang belum kenal Dato’ Salleh, ini gambar saya (ketika kurus) dengan beliau. jutawan, billionair, kaya, jutawan sawit Sebenarnya waktu itu, Dato Salleh dan syarikat kepunyannya, Gopeng Berhad baru sedang memuktamadkan penjualan pegangan mereka dalam syarikat simen, YTL Cement Bhd kepada syarikat YTL sendiri pada harga RM 200 juta dalam bentuk tunai! Dan dengan nilai RM 200 juta itulah bakal digunakan beliau untuk melabur dalam sektor perniagaan lain. Sasarannya pada ketika itu adalah tanah sawit kerana Gopeng Bhd sendiri adalah dalam bidang penanaman sawit. Ketika saya berjumpa beliau di pejabatnya, kebetulan beliau ada bertanya, “Ada ambil saham Petronas Chemical?” Saya jawab “Ada Tok, tetapi ambil yang diperuntukkan kepada staf sahajalah. Tok Leh (panggilan mesra pada beliau..hehe) tidak ambil?” “Saya ambil juga tetapi selepas saham itu disenaraikan. Ada orang datang buat tawaran untuk melabur saham Petronas Chemical ini atas namanya kerana orang itu dapat banyak lot saham (guna peruntukan MITI). Banyak dalam 100 lot macam tu..” Woww….saya terkedu…100 lot…1 lot punyai 1000 unit saham, kalau 100 lot maknanya ada 100,000 unit. Satu unit kalau harganya RM 5.05, maka jumlah pelaburan senang sahaja RM 500k. Saya bertanya lagi..”Jadi, Tok Leh ambil selepas disenaraikan, tidak ambil guna peruntukan MITI?” “Ya, lebih baik begitu. Biarpun harga sedikit mahal selepas disenaraikan, lebih baik saya ambil dari pasaran terbuka daripada saya melabur ke atas orang tersebut. Beliau tawarkan profit sharing jika melabur atas namanya tetapi dalam dunia perniagaan, jangan mudah percaya pada orang..” “Kalaupun ada perjanjian, apakah mudah orang ikut perjanjian? Perjanjian pun belum tentu menjamin keselamatan wang kita. Jangan mudah kita serahkan duit untuk melabur walaupun atas nama orang lain. Kita tidak boleh mudah percaya pada orang” Saya kira itu satu nasihat yang mahal. Betul katanya, kalau duit itu dilaburkan menggunakan nama orang lain, sudah tentu, katalah saham itu dijual dengan kadar untung, duit itu akan masuk ke akaun bank penama tadi. Adakah kita akan yakin bahawa penama tadi akan memberikan kembali duit kita beserta keuntungan? Walaupun kita buat perjanjian antaranya, belum tentu beliau akan kotakan. Duit RM 500,000 bukan sedikit. Kalau seorang multi jutawan seperti Dato’ Salleh ini amat mementingkan nilai kepercayaan, maka kita pun perlu ada sikap sama. Jangan mudah dibuai janji dan mimpi indah yang belum pasti. Sekian…. =========================== Tamat. So, kita mesti bijak, jangan terlalu mudah percaya. Kepercayan penuh hanya pada Allah swt. We are an excellent receiver & A great Giver
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 13:00:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015