NUKILAN DARI ENCIK MUHAMMAD ROZI (PEMILIK GREEN MILLION - TopicsExpress



          

NUKILAN DARI ENCIK MUHAMMAD ROZI (PEMILIK GREEN MILLION AGRISOLUTION ENT) salam sejahtera.. terlebih dahulu jutaan terima kasih buat para investor fertigasi..namun saya terpanggil untuk membuat sedikit nukilan disini. projek fertigasi tersebut berjangka panjang sebagaimana saya bercerita mulut. semua rakan kongsi akan berpeluang sehingga memiliki kebun sendiri..itu matlamat program ini.. Jadi matlamatnya ialah mewujudkan komuniti pertanian yang mampu menghasilkan punca pendapatan utama atau sampingan secara berperingkat. 1.peringkat pertama-investment rakan kongsi akan mengeluarkan separuh modal keperluan dan saya sebagai pengusaha mengeluarkan separuh lagi untuk penyediaan tapak..mengusahakan pertanian/ternakan/akuakultur untung mencapai keuntungan sebagai cara menambahkan modal. 2.peringkat kedua-Joint Venture selepas beberapa musim tanaman/ternakan, modal akan terkumpul yang akan diguna sebagai modal perkongsian Joint Venture membuka tanah atas nama rakan kongsi pelabur.Pembahagian keuntungan adalah mengikut peratus yang akan dipersetujui bersama. 3.Usaha Sendiri. selepas peringkat satu dan dua, rakan kongsi pelabur dianggap sudah mampu untuk mengusahakan sendiri kebun masing2 dan menetapkan target keuntungan sendiri. Diatas adalah matlamat pengembangan projek ini, saya sudah bersedia dengan hampir 40 ekar tanah dan terdapat juga peluang tanah lain yang boleh sama2 kita terokai dan kongsi. Jadi saya mohon sangat2.. biarlah sesama kita jujur,saling membantu,menerima kelemahan dan kesilapan tetapi saling dapat membetulkan.. berusaha membaiki kelemahan dan bukan saling memburukkan.bersangka baik dan saling memberi dorongan.. ini bukan program cepat kaya semata2 nak berikan hasil cepat tetapi program pengembangan punca pendapatan secara perlahan2 sehingga la ia stabil dan kukuh. kepada bakal para rakan kongsi pelabur.. saya hanya menerima pelaburan "spare" biarpun sekecil RM500, itu lebih baik dari modal besar yang membawa buruk sangka.. kita di peringkat pembangunan..pasti banyak kekurangan dan kelemahan.. Jika anda positif dan bersedia bertolak ansur, kita akan maju bersama2.. tetapi jika kita lebih pentingkan diri sendiri, dan mahu keperluan kita sahaja didahulukan, kita akan gagal bertolak ansur dan sukar terima kelemahan. Fikirkan dan pastikan kedudukan anda (rakan kongsi sedia ada/bakal rakan kongsi)..jika anda positif ..mari sertai saya. jika anda negatif atau merasakan diri lebih baik.. teruskan dengan dunia anda.. kita tak perlu bergaduh hanya kerana berbeza pendapat.. saya lebih memerlukan komen2 yang baik sebagai tanda menghargai usaha saya..supaya saya tak merasa "penat" berpenat lelah menunaikan amanah perjanjian dan memulangkan modal. kenapa tak ada yang postkan rasa bersyukur modal anda dah dipulangkan dan mendoakan perjalanan usaha keuntungan berikutnya terus berjaya? kenapa nak "highlite" sedikit kelewatan dari jadual yang kita dah sedia fahami kita diperingkat baru bermula dan saya membuat kerja seorang diri untuk keselamatan bersama bagi mengelakkan faktor kerugian akibat pecah amanah bila mengharapkan pihak lain
Posted on: Wed, 12 Jun 2013 19:34:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015