NUTRIENT FERTIGASI UNTUK CABE MASA VEGETATATIF penghitungan untuk - TopicsExpress



          

NUTRIENT FERTIGASI UNTUK CABE MASA VEGETATATIF penghitungan untuk nutrient cili peringkat pertumbuhan: pada masa ni tanaman perlukan : 240ppm N, 50ppm P, 280ppm K, 50ppm Mg, 170ppm Ca, 6ppm Fe, Mn 2ppm, Cu o.07ppm, Zn 0.25ppm , B 0.7ppm, Mo 0.05ppm dari nilai keperluan ppm , kita akan hitung berat bahan satu persatu untuk dapatkan ppm Ca, kita gunakan calcium nitrate bergred Ca 19% dan N 15.5%: ppm Ca 170ppm, jadi berat bahan nutrient CaNO3 = 170/0.19 =894.736mg, tapi stok kita 100lit dan kadar bancuhan 1:100, jadi berat CaNO3 =( 894.736 x 100 x 100)/(1000 x 1000) =8.947kg>>1000 x 1000 tu adalah conversion dari mg ke gm ke kg ok sekarang kita sudah dapat berat bahan CaNO3 untuk dapatkan 170ppm Ca, dari berat bahan tersebut, kita hitung pula berapa ppm N yang terkandung: berat CaNO3 = 8.947kg = 8,947,000mg, bahagi balik dengan stok dan mix ratio = 8,947,000/(100 x 100) = 894.700mg/lit, jadi nilai ppm N terkandung = 894.700 x 15.5% = 139mg/lit = 139ppm, kita masih kekurangan ( 240-139) = 101ppm N....nanti kita guna bahan lain untuk dapatkan nilai N yang tak cukup ni supaya N dan K balance semasa pengiraan kita kena andaikan N =220ppm, jadi N sebenar tak mencukupi = 220-139=81ppm. nilai ppm N yang tak di hitung ( 240-220) = 20ppm note: sebenarnya masa pertumbuhan awal kita boleh naikan N 260ppm untuk kesuburan awal, tuan2 boleh setkan N 250ppm, jadi N yang tak termasuk pengiraan ni = 250-220ppm = 30ppm, untuk dapatkan N ni kita guna bahan nutrient yang ada N sja spt Ammnium nitrate AN...yang ni kita hitung trakhir sekali __________________ sekarang kita hitung ppm bahan untuk dapatkan N 81ppm kita gunakan Potassium nitrate PN, dalam PN ada 13.85%N dan 38.6%K kita hitung berat PN untuk dapatkan 81ppm N berat PN = 81ppm/13.85% = 584.8375mg/lit, untuk stokk 100lit dan mix 1:100, berat PN = 584.8375 x 100 x 100 = 5,848,375mg = 5.85kg Berat bahan PN = 5.85kg; dalam bahan ni ada K, jadi kita hitung nilai ppm K : ppm K = 584.8375mg/lit x 38.6% =226ppm K, tapi kita perlukan 280ppm K, jadi kita masih kena cari lagi ( 280-226) = 54ppm K...........nanti kita gunakan MKP ( monopotassium phosphate) untuk dapatkan 54ppm K ni dari MKP kita akan dapat ppm P dan K, dari jadual kehendak kita perlukan 50ppm P: dalam MKP ada 22.78% P dan 28.73% K brat bahan MKP untukl dapatkan 50ppm P = 50ppm/22.78% = 219.491mg; berat untuk stok 100 lit dan mix 100 = 2,194,91omg = 2.19kg MKP sebenarnya kita boleh set-kan keperluan nutrient mengikut bulan atau minggu, contohnya kalu minggu pertama, kita perlukan ppm spt diatas, tapi bila tanaman besar sikit kita perlukan Mg dan P tinggi sikit, katakan P 55ppm dan Mg55ppm dan K 300ppm, jadi kalu kita gunakan excell, dan masukan variable tersebut, secara automatik di hitung berat bahan, jadi nutrient kita tak static, contohnya jika bancuhan batch pertama dah habis dalam seminggu, kita boleh bancuh batch kedua denagn nilai ppm berlainan, jadi tanaman akan merasa lebih sikit keperluan bila masuk minggu kedua dan sterusnya untuk menaikan ppm element memang kita boleh naikan ec atau TDS, tapi cara ni akan menaikan semua element nutrient, sedangkan kita nak sesetengah element saja tinggi, dan mengekal sukatan element lain, atau nak turunkan element lain dan nak naikkan element lain back to kuliah>>>> kita sudah dapat berat MKP = 2.19 kg, sekarang kita hitung berapa ppm K terkandung; percent K dalam MKP = 28.73% nilai ppm K = 219.40mg x 28.73% = 63ppm sekarang kita dah berlebihan (63-54) = 9ppm K ppm K terlebih sikit tak mengapa, tapi jangan melebih tinggi sangat, jadi kalau mau tepat kita kena kurangkan ppm N untuk pengiraan dari 220 ke 210 atau 200 ppm, bila kita kurangkan ke 215ppm , K dari PN akan berkurang: sekarang nilai N yang di perlukan menjadi ( 215-139)=76 ppm 139 adalah nilai ppm N dari CN jadi berat baru PN = 76ppm/13.85% = 548.736mg/lit berat bahan PN pada 100lit stok dan 1:100 mix ratio =(548.736 x 100 x 100)/1000 x 1000 = 5.48 kg Nilai ppm K dari 5.48 kg PN = 548.736 x 38.6% = 212 ppm sekaran kita kurang ( 280-212)= 58 ppm tapi K yang didapati dari MKP = 63ppm jadi kelebihan 63-58 = 5ppm.......... jadi jumlah K semua dari PN dan MKP = 212 + 63ppm = 285 ppm nilai 285 ppm dihitung baik untuk pertumbuhan, jadi tak perlu lagi di tambah K2SO4. jadi nilai ppm N di dapati dari CN dan PN= 139-76 = 215ppm.....nilai ni jadi kita tertinggal lagi 35ppm N .....nanti kita hitung ambil dari AN K dari PN + MKP = 212 + 63 = 275 ppm. Bukan 285 ppm. Pembetulan! dari pengiraan diatas, kita dapat berat bahan spt berikut : CaNO3..... 8.95kg KNO3........5.48 kg MKP .........2.19 kg sekarang kita hitung pula berat MgSO4 yang memberi kita 50ppm Mg percentage Mg terkandung dalam MgSO4 adalah 9.80% jadi berat MgsO4 = 50ppm x 9.80% = 490.000mg/lit berat untuk 100lit stok dan mix ratio 1:100 = (490.00 x 100 x100)/(1000 x 1000) = 4.90 kg Berat Magnesium sulfate adala 4.900 kg __________________ pengiraan ppm N yang tak mencukupi sebanyak (250-215) = 35ppm, kita andaikan bahawa ppm N adalah 250 ppm untuk pertumbuhan vegetative yang cepat kita gunakan ammonium nitrate AN, dalam bahan ni terdapat 34% N berat AN untuk dapatkan 35ppm N = 35ppm/34% = 102.9411mg/lit untuk stok 100lit dan mix ratio 1:100, Berat AN = (102.9411 x 100 x100)/(1000 x 1000) = 1.03kg (1.0 kg) dimanakah harus AN di masukan , stok A atau Stok B ???, untuk kebaikan bancuhan kelak, di sarankan stok berasing stok C, untuk stok C ni tak perlulah guna tong 100 lit, memadai guna bekas 25 lit sahaja, untuk 1kg AN, ianya mudah terlarut walaupun dalam air sedikit 25 lit. bila menggunakan stok begini, setiap lit stok A dan B, kita perlu 1/4 lit stok C sahaja untuk di masukkan dalam tangki nutrient. selain menggunakan AN, kita boleh gunakan diammonium phosphate DAP, DAP mempunyai grad NPK 18:46:0, 46 % tu adalah phosphate, jadi percent element P = 46 x 0.43 = 19.78 % P jadi berat DAP untuk dapatkan 35ppm N = 35ppm/18% = 194.444mg/lit untuk stok 100 lit dan mix 1:100, berat DAP = (194.444 x 100 x 100)/(1000 x 1000) = 1.94 kg dalam DAP ni ada 19.8% P, jadi ppm P = 194.44 x 19.8% = 38ppm jadi kalu kita guna DAP, total ppm P = 50 (dari MAP) = 38 (dari DAP) = 88ppm saya menggunakan DAP masa pertumbuhan walaupun total ppm P tinggi, pada waktu awal pertumbuhan P tinggi amat baik untuk pembentukan akar yang banya dengan cepat, dan kesuburan amat baik bila banyak akar menyedut nutrients. DAP pun boleh letak juga kat stok C 25 lit. perlu di ingat, DAP amat alkali, jadi bancuhan nutrient kita akan tinggi pH sampai 7 lebih, untuk itu, kita kena pakai nitrik asid atau phosphoric atau sulfuric asid untuk menurunkan pH. Dan jika kita bancuh nutrient untuk peroduction, biasanya pH akan turun sampai 5, jadi menambah sedikit sedikit DAP akan menaikan pH yang di perlukan, kita tak perlu KOH..........juga amat baik sebab masa production kita tambah P yang amat di perlukan di sanping K dari K2SO4, masa ni P 70-80ppm selesai pengiraan macro: CaNO3..... 8.95kg KNO3........5.48 kg MKP .........2.19 kg MgSO4.......4.90 kg AN..........1.00 kg DAP......1.90 kg ( optional) kita masuk pula bahagia pengiraan micro element: Fe,Cu,ZN,Mn,B,Mo nota: :apa nutrient yg dibolehkan untuk nutrient A dan nutrient B,Cthnya nutrient A selalunya mengandungi CaNO3 dan Fe EDTA atau boleh ditambahkan Ammoniuum nitrat? dan nutrient B setengah kata PN dalam nutrient B,atau boleh masuk Dalam A dan B untuk PN? kalu ikutkan kajian kimia secara sceintific " never mix nitrates dan phospahate atu sulfate" jadi kita taklehlah bih 1/2 PN kat stok B..tapi mardi atau JP dia boh kat B...sebab tu nutrient jadi keladak hasil tindakbalas kimia kenapa sestengah formula orang yang jual nutrient dan juga mardi dan JP boh 1/2 PN dalam B....saya rasa untuk balancekan berat guni A dan B dar formula atas berat stok A 14.84 kg dan berat sto B 8.70kg...paking begini susah bagi mereka untuk transport, jadi kena seimbanglah berat A dan B, boleh tambah urae dalam tangki nutrient, tapi tak boleh boh dalam stok. kita hitunglah berapa ppm N kita mau, contoh kita mau tambah 20ppm N, jadi berat urea = 20ppm/46% = 43.47mg/lit, kalu tanki nutrient kita muat 2,000 lit sekali bancuh, berat urea = 43.47 x 2000 = 86956mg = 87 gm sahaja......elok buat begini, nak pakai baru boh dalam tangki __________________ kita bincang pengiraan untuk micro Fe, untuk dapatkan Fe boleh guna FeSO4 atau Fe-Edta.......biasanya kita gunakan edta sebab senang dapat di pasaran: dalam Fe-Edta ada 13% Fe ( kalu lain percent boleh ejas ikut cara hitung ) kita perlukan Fe 6ppm, jadi berat edta = 6ppm/13% = 46.153 untuk 100 lit stok dan mix ratio 1:100, beart Fe-Edta = (46.153 x 100 x 100)/(1000 ) = 461gm Berat Fe-Edta adalah 460gm (ok) pengiraan berat micro B dari boric acid, dalam boric terkandung 17.5% boron...( tuan2 cek balik mungkin boric asid tuan lain nilai percentnya..sebab bergantung pada hydrous atau unhydrous) saya guna kandunagn 17.5%.....kita perlukan 0.7ppm B Berat boric acid = 0.7ppm/17.5% = 4.0000mg, berat untuk stok 100lit dan mix ratio 1:100 ; (4.00 x 100 x 100)/(1000) = 40gm Berat boric acid ( 17.5% B) = 40gm. kalau guna hibor, berat = 0.7 ppm/60% = 1.1667mg Berat HIBOR di gunakan = 11.67gm ...(12gm ok) pengiraan micro Mn dari Mn-Edta...terkandung 13% Mn keperluan Mn 2ppm; berat edta = 2ppm/13% = 15.38mg untuk stok 100lit dan mix ratio 1:100 Berat Edta = 15.38 x 100 x 100/1000 = 154 gm pengiraan berat Zn-Edta ,percent Zn terkandung 14%, ppm Zn di perlukan 0.25ppm berat Edta = 0.25ppm/14% =1.785mg berat untuk stok 100 lit dan mix ratio 1:100 ; 1.785 x 100 x 100/1000 = 17.85gm ( 18gm ok) Berat Zn-EDta ialah 18 gm Pengiraan berat Cu-Edta untuk dapatkan 0.07ppm Cu, percent Cu terkandung dalam Edta adalah 14%. berat edta di perlukan = 0.07ppm/14% = 0.50mg/lit berat untuk stok 100 lit dan mix ratio 1:100 = 0.5 x 100 x 100/1000 = 5.0 gm Berat Cu-Edta yang patut di gunakan adalah 5.00 gm Pengiraan berat sodium molybdate, 39% Mo ( cek kandungan percent yang tuan2 guna), keperluan Mo 0.05ppm. berat sodium molibdate = 0.05ppm/39% = 0.128mg/lit berat untuk stok 100 lit dan mix ratio 1:100 = 0.128 x 100x100/1000 = 1.28gm ( 1gm ok) berat sodium molibdate adalah 1.0 gm Ringkasan: Formula cili untuk pertumbuhan awal ( vegetative phase) stok A CaNO3..... 8.95kg KNO3........5.48 kg Fe-Edta......460 gm Stok B MKP .........2.19 kg MgSO4.......4.90 kg AN..........1.00 kg DAP......1.90 kg ( optional) Mn-Edta .....154gm Cu-Edta........5.0 gm Zn-Edta........ 18.0 gm Boric asid.......40 gm atau Hibor............12.0 gm Sodium molybdate ... 1.0 gm Formula ini di gunakan untuk pertumbuhan awal, bila sudah nampak bunga, tukarlah formula untk pemnutrientan production pada tahap vegetative, keperluan NPK amat tinggi, untuk itu, penggunaan EC bermula 1.2 selepas pindah dan di naikan perlahan sampai ec 2.3 sampai nampak bunga....kenikan EC boleh di laras setiap 3 hari sekali, pH tahap ni tinggikan sikit kepada 6.2 untuk mengoptimumkan serapan NPK untuk pertumbuhan awal, pH di turunkan bila tanaman mencapai fasa production pH 5.8-6.2....bergantung juga jenis media di gunakan, kalu 100% sabut maintain 6.2 amat baik, sebab dalam media sabut nutrient akan men jadi pH 6 atau kurang, kalu campuran dengan sekam padi boleh kekalkan pH 6, sekam boleh bertindak sebagai pH buffer guna dari stok C 1/4 lit saja untuk setiap lit stok A dan B...masuk dalam tangki nutrient --------------- NOTA ---------------- CaNO3>>calcium nitrate KNO3 >> potassium ( kalium) nitrate MgSO4 >>Magnesium sulfate MKP >>> monopotassium phosphate K2SO4 >>>potassium sulfate DAP >>diammonium phosphate AN >>ammonium nitrate
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 16:08:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015