Nabi s.a.w bersabda “Barangsiapa daripada kamu yang melihat - TopicsExpress



          

Nabi s.a.w bersabda “Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangannya,maka jika tidak mampu dengan lisannya,maka jika tidak mampu dengan hatinya dan yang demikian itu selemah-lemah iman dan tiada iman selepas itu walau sebesar biji bayam” (Riwayat Muslim) Ada seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi s.a.w. “sesungguhnya jiranku menyakitiku”,sabda Nabi s.a.w. “keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”,maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan,maka setiap orang yang melintas bertanya “apa yang berlaku kepadamu?” dia menjawab “jiranku menyakitiku”,maka mereka berkata “Ya Allah hinalah dia (jirannya)”, dengan sebab itu jirannya berkata “kembalilah ke rumahmu,aku tidak akan sakitimu lagi” (Al-Bazzar dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, Imam Ahmad Syakir mensahihkannya) Kemungkaran paling besar yang UMNO/BN lakukan ialah menolak Islam sebagai kuasa tertinggi dalam memerintah negara dan selepas itu kemungkaran2 yang lain seperti akta ISA, penyalahgunaan kuasa,pembaziran wang negara, sistem pilihanraya tidak telus dan banyak lagi kemungkaran yang UMNO/BN lakukan dan sepatutnya sudah lama UMNO/BN diturunkan dari memerintah negara ini,tetapi oleh kerana pilihanraya tidak bersih, maka UMNO/BN terus memerintah hingga hari ini,sama seperti Husni Mubarak yang sentiasa menang pilihanraya, akhirnya rakyat Mesir terpaksa turun ke jalanan. Oleh itu wajib ada segolongan rakyat yang bangun mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO/BN seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam ayat 104 surah Ali-Imran di atas dan Hadis Nabi s.a.w., Nabi s.a.w. juga mengizinkan diadakan demonstrasi aman dengan berkumpul di jalanan sebagai tanda bantahan terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat diperbetulkan dengan teguran lisan,56 tahun teguran melalui lisan dilakukan supaya UMNO/BN laksanakan sistem Islam dalam pemerintahan dan isu pilihanraya telah berkali-kali diberikan cadangan secara lisan, tetapi kerajaan tetap keras kepala dan enggan tunaikan, apa lagi pilihan yang ada selain dari demontrasi jalanan. "Wahai orang2 yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasullah s.a.w. dan pemimpin dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantahan dalam suatu apa pun,maka hendaklah kamu mengembalikan kepada Allah dan RasulNya,jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat....."(An-Nisa:59) "....dan untuk merujukkan soal yang diperbantahkan itu kepada Allah tentulah memerlukan pemerintah itu sentiasa patuh dan tegas melaksanakan hukum dan perintah Allah"," demikian juga sikap memberi hak kepada rakyat untuk membantah pemerintah dan mendesak supaya dirujukkan perkara yang diperselisihkan kepada Allah......"(Al-Mal Wal Hukmu Fil Islam oleh Ust Abd.Kadir Audah - Cairo 1951). Ibnu Hazm Al-Andalusia menyatakan; “Pemerintah yang wajib ditaati itu ialah selama ia menurut Kitab Allah dan Sunnah RasulNya,tapi jika ia menyeleweng sedikit daripadanya maka wajiblah ditegah dari memerintah dan dikenakan ke atasnya ‘had’ dan tuntutan hak,kalau kerosakan tidak dapat dihindari melainkan dengan menurunkannya, maka ketika itu ia wajib diturunkan dan digantikan dengan orang lain” (An-Nazhariat As-Siasiah Al-Islamiah oleh Dr Dhia’uddin Ar-Rais). Bersandarkan kepada Nas Al-Quran,Hadis dan pendapat ulamak di atas, mencegah kemungkaran boleh dilakukan dengan mengadakan demontrasi aman, Himpunan tidak perlu diadakan jika pilihanraya dijalankan dengan BERSIH, rakyat yang berhimpun hanya mintak pilihanraya yang adil,telus dan bersih, mengapa UMNO/BN takut sangat?. "Yang jadi penghulu orang mati syahid ialah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim dan dia mati kerananya" (Hadis sahih), Zalim ikut tafsir Quran bil Quran ialah tidak melaksanakan hukum Allah dan selepas itu barulah kezaliman dari konteks manusia iaitu akta yang zalim, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan wang rakyat, menipu dalam PRU dan lain2 lagi, maka jika kita berdemo lawan BN dan kita mati waktu itu atau kita mati waktu buat kerja2 pilihanraya lawan BN maka kita mati syahid. (ini berdasarkan maksud hadis tersebut dan di negara ini kita lawan BN melalui pilihanraya dan kita bantah kerajaan melalui himpunan aman). M.S. M S Ibrahim Al-Malbar Pengerusi Wahdatul Fikr Gopeng....
Posted on: Sun, 23 Jun 2013 04:02:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015