Nak tahu tak Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya - TopicsExpress



          

Nak tahu tak Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung? • Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3 yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi. • Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya. ** memang suplemen WAJIB telan for my next pregnancy nie (insyaAllah) untuk saya yang dah ada pengalaman 2 kali melahirkan anak premature, nyaris-nyaris juga kena pre-eklampsia..
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 03:49:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015