Nasib kau lah Ghani.... Ghani Othman mula diasak serah - TopicsExpress



          

Nasib kau lah Ghani.... Ghani Othman mula diasak serah jawatan Ghani Othman, bekas MB Johor yang kecundang mula diasak oleh rakan Umno sendiri. Utusan Malaysia juga mula gasak Ghani. Ghani diasak supaya menyerahkan jawatan Pengerusi Badan Umno Johor oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi. Pengorbanan yang perlu dibayar Ghani apabila mengalah disuruh lawan Lim Kit Siang di Gelang Patah. “Ini kerana Johor yang dianggap kubu kuat UMNO kini mengalami kemerosotan yang membimbangkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. “Walaupun Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai prerogatif untuk melakukannya sekarang, tetapi pertukaran jawatan itu akan menjadi mudah jika Abdul Ghani sendiri dengan rela hati menyerahkannya kepada Mohamed Khaled,” kata Puad kepada Utusan Malaysia. Apabila dah kalah dan tak jadi MB lagi, Ghani mula digasak. Umno Johor yang jarang bermesyuarat mula disebut Puad. Puad turut bersuara yang Umno Johor tidak bernakhoda semasa kempen PRU lalu dan hanya dipikul dua tiga penasihat Ghani serta banyak keburukan Ghani mula disebut Puad. “Johor tiada strategi baru dalam PRU-13 lalu, banyak isu seperti geran pemilikan tanah tidak ditunaikan, pembangunan tidak seimbang, banyak isu tidak dijawab akibat kelemahan jentera media baru. “Contoh terbaik Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, kerana sedikit kelemahan, Johor yang menjadi kubu kuat UMNO selama ini hampir kehilangan majoriti dua pertiga untuk menubuhkan kerajaan negeri,” kata Puad. – Utusan Malaysia. Itulah nasib kau Ghani… - Ekeleh azmieyusoff.blogspot/2013/06/nasib-kau-lah-ghani.html
Posted on: Tue, 11 Jun 2013 01:15:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015