News yg aq terima pg td dr Yahoo Mail.Aq x tahu betul ke tdak - TopicsExpress



          

News yg aq terima pg td dr Yahoo Mail.Aq x tahu betul ke tdak ni.. 4 Okt- Berita mengenai pelawak terkenal dunia Rowan Atkinson yang dikatakan memeluk Islam nampaknya tidak benar sama sekali apabila jurucakap Rowan, Lucy mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan drama bersiri "Mr Bean" itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam. "Setahu saya, Rowan Atkinson tidak memeluk Islam," ujar Lucy. Sebelum ini Islampos melaporkan berita ini mula disebar oleh sebuah laman sesawang anti Israel, Sadabladi yang menyatakan Rowan telah memeluk agama Islam selepas menonton filem "Innocence of Muslim" iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhamad S.A.W. Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut medakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi yang menjadi pembimbing dan individu bertanggujawab mengajar Rowan tentang Islam.
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 04:00:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015