Nik Nur Izzati Alyani Nik Nur Syuhada MohdHasnan Nik Nur Azyyati - TopicsExpress



          

Nik Nur Izzati Alyani Nik Nur Syuhada MohdHasnan Nik Nur Azyyati Nik Nur Zati Ayuni Mutiamutizawati Atiey Matyie Tok Oh Ikmal Husain Mohd Hafiz Duan, Zati Hulwani Abdullah Mereka yang Terbang ke Benam Tanah. Songkok Hitam: Ustaz hak dok mengajar kat masjid tuu..sumanya ilmu kulit jah tu.. Hak penting sekali ilmu hakikat bagaimana kita nak mengenali diri ini, bila kita ni dah kenal diri, baru kita kenal Allah. Awwaludin makrifatullah. Pertama dalam agama adalah mengenal Allah. Dok mengajar kat masjid tu bukan penting pon, dok nak hukum orang lain jah tau. Hak tu haram, hak tu makruh. Tak sampai makam tinggi lagi tu. Ingat dia tu sapa? Tuhan? Serban Putih: Oh…baru saya tahu,pertama dalam agama adalah mengenal Allah. Oo gitu..Hmmm.. ok, ok abang dah berapa orang anak? Songkok Hitam: 6. Semua dah besar-besar dah. Dah berkerja dah pun. 3 laki 3 perempuan.SERI! 3 vs 3. Hahaha…4 orang dah kahwin dah. Serban Putih: Alhamdulillah…senanglah sekarang. Dah berapa lama kahwin? Bini tu sorang je ke, atau SERI 3,3 jugak..hehhehheh.. Songkok Hitam: Woii…hoho..bini sorang jer….bukan tak nak..bukan tak mampu, tak larat jer nak jaga. Dah 30 tahun dah kahwin. Kau tu bila lagi? Berjanggut, berjambang dah macam bapak orang dah. Serban Putih: Hahaha… Ermm penting sangat ker kahwin? Terikat dengan sorang tu jer..tak enjoy rr..kan? Songkok Hitam: Kepala hotak kau! Kau nak ikut mat saleh, buat anak 2,3 orang tak kahwin-kahwin, tak tau sapa mak bapak, main seebat jer… Kau tak tau nikmatnya kahwin.. Serban Putih: Ya, saya setuju, kahwin itu ada kenikmatannya, tapi tak tahu bagaimana nikmatnya. Saya setuju, tapi saya ragu. Abang sudah kahwin selama 30 tahun, patut saya panggil pak cik jelah..sebab dah peringkat ayah saya. Selama 30 tahun pak cik berada dalam hukum-hakam agama dalam bab kekeluargaan sahaja. Pak cik kata kena kahwin, takkan nak jadi macam mat saleh yang berzina. Kenapa salah ke? Salahlah sebab hukumnya haram. Nak hukum halal, kena la kahwin. Yang pak cik dok kata ustaz mengajar kat masjid tu tak betul, tau nak menghukum orang lain je, dah memang hidup kita ni tidak terlepas daripada hukum-hakam. Mereka mengajar ilmu supaya kita tidak jahil. Allah dah tetapkan hukum-hakam dalam Al-Quran yang di sampaikan kepada Rasulullah S.A.W., lalu baginda S.A.W. mengajar kepada para sahabat dan menyampaikan kepada sekalian umat. Ilmu daripada sahabat di terima oleh tabiin-tabiin, di turunkan dan terus di warisi oleh sekalian ulama hingga hari ini, dan sampailah kepada kita untuk belajar. 4 orang anak pak cik pun dah kahwin. Kenapa kahwinkan mereka? Tak perlu kahwin la, tak perlu hukum pun kan? Tapi kita ni bimbang, apa pulak jiran tetangga, masyarakat akan hukum kita? Hukum manusia kita takut, bimbang, malu. Hukum Allah, kita persenda! Ilmu fekah tu..kata itu ilmu kulit je…tak penting pun. Kulit kat badan pak cik tu pun pak cik cover dengan baju, kalau sejuk pakai sweater lagi. Tahi kena kat lengan ni, kita boleh basuh gitu je. Kalau tak ada kulit, kena kat isi, daging….ouuchh..peedih tuu nak basuh. Jari luka sikit kena pisau, tertoreh kulit tak sakit selagi tak kena isi. Bila kena isi, ouuchh melalak! Kulitlah melindungi isi. Tak ada kulit, busuklah isi, daging kita ni. Kita, kalau dah tak nak ikut syariat…. Songkok Hitam: Aahhh, kau tu budak lagi, tak tahu apa-apa, tak payah nak mengajar aku. Aku lama lagi hidup daripada kau, aku dah kenal diri aku. Kau setakat nak bercakap ilmu kulit, tak sampai maqam aku lagi…Budak bau pupuk jerangau, baru cerai susu nak mengajar kita. Kau ingat kau wali?! Tak guna punya budak! Serban Putih: Indah betul bahasa orang yang maqam tinggi, mungkin bila dah sampai maqam, semuanya halal bagi pak cik. Tak apa la pak cik, mungkin saya ni budak tak tahu apa-apa pada pandangan pak cik, tapi lebih baik lagi daripada saya jadi orang tua yang merapu entah apa-apa. Saya doakan diri saya dan pak cik dapat hidayah, moga terselamat akidah tanpa kesesatan. Moga kita bertemu Allah dalam keadaan akidah yang tidak terpesong. Assalamua’laikum. (renung-renungkan…dannnn selamat beramal….) Sambungan pada “Melangkah ke Belakang dalam Perjalanan yang Lurus”. Konotasi Intepretasi Manipulasi Spekulasi Industri Provokasi (12/5/13-5.50pm)
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 06:24:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015