Nor Hasikin (2006: 31) menyatakan Daerah Besut pada asalnya - TopicsExpress



          

Nor Hasikin (2006: 31) menyatakan Daerah Besut pada asalnya merupakan sebahagian dari negeri Kelantan. Penyabungan ayam di antara Kelantan dengan Terengganu telah menjadikan Daerah Besut sebagai hadiah perjudian. Dalam persoalan ini dijelaskan bahawa jika Kelantan memenangi penyabungan ayam itu, maka Daerah Besut akan menjadi sebahagian dari negeri Kelantan dan jika sebaliknya Daerah Besut akan diserahkan kepada Terengganu bermula dari Kampung Pachakan, Pasir Putih dan Kampung Pacakan, Daerah Besut di utara sehingga Seberang Takir di Selatan akan diserahkan kepada Terengganu. Walau bagaimanapun semasa berlangsungnya penyabungan ayam itu Terengganu telah menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor dengan menggantikan ayam sabung mereka dengan burung Hering sejenis spesis keluarga burung Helang. Kelantan yang dianggap kolot pemikiran oleh Terengganu tidak mengetahui tipu muslihat atau taktik kotor itu. Kesempatan itu menyebabkan burung hering kepunyaan Terengganu telah berjaya menumpaskan ayam sabung kepunyaan Kelantan sekaligus membolehkan Daerah Besut menjadi sebahagian dari negeri Terengganu sehingga hari ini, walaupun sebahagian besar populasinya lebih berpaksikan kepada Kelantan dari segi politik, ekonomi, sosial dan sosial-budaya. Sentimen promordial Kekelantanan di kalangan masyarakat Daerah Besut dan Setiu ini telah menyebabkan terdapat sebahagian besar masyarakat Terengganu telah memandang kedua-dua daerah adalah sebahagian dari negeri Kelantan
Posted on: Thu, 11 Jul 2013 02:19:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015