Nota Kenangan : YM Al-Marhum TNL Kassim Ibni Al-Marhum TNL - TopicsExpress



          

Nota Kenangan : YM Al-Marhum TNL Kassim Ibni Al-Marhum TNL Ahmad. YM Al-Marhum TNL Kassim adalah merupakan generasi ketiga daripada Yang Di Pertuan Kedah yang terakhir iaitu Al-Marhum Sultan Jaafar Muadzam Shah atau lebih di kenali sebagai Long Jaafar di Perak yang mangkat kerana di bunuh dan di khianati oleh tentera shukothai dan pembesarnya sendiri pada tahun 1786 di Gurun, Kedah. Baginda telah menghabiskan usianya dengan berjuang untuk memurnikan kembali sejarah dan kegemilangan keluarganya yang telah di putar-belitkan oleh penjajah dan sekutu mereka. Baginda juga telah berusaha untuk menulis kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah untuk menuntut hak baginda dengan mengemukakan segala bukti dan salasilah keturunan baginda. Namun tuntutan tersebut hanya di pandang sepi oleh pihak-pihak yang berkaitan. Kini setelah ketiadaan baginda maka amanah dan tugas tersebut terpikul di bahu YM TNL Muhammad Zaki selaku pewaris mutlak benua ini. Persoalannya di sini, bolehkah kita menjadi bangsa yang bermaruah yang kononnya berakauntibiliti dan berintegriti dengan merampas hak orang lain dan menzalimi orang lain ? Dan sebagai muslim, bolehkah kita mengaku beriman kepada Allah SWT dan beriman kepada hari akhirat dengan menzalimi orang lain, merampas hak orang lain dan berusaha membina kegemilangan di atas fitnah dan pembohongan ke atas orang lain ? Inikah asas yang ingin kita jadikan landasan untuk membina kecemerlangan umat ? Di mana maruah dan kewarasan kita sebagai manusia ? Dan, bolehkah kita berbangga dengan apa yang telah kita capai hari ini ? Sedangkan apa yang kita miliki dan kita capai hari ini adalah di atas himpunan darah dan airmata mereka-mereka yang telah kita zalimi ? Kepada semua rakyat Malaysia, renungkanlah ...
Posted on: Sun, 23 Jun 2013 07:34:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015