Ok. Kita stop counting berapa jumlah rakyat Malaysia yang membaca - TopicsExpress



          

Ok. Kita stop counting berapa jumlah rakyat Malaysia yang membaca buku untuk setahun. Kita tengok pula apa jenis buku yg dibaca. Sebelum itu, kita boleh beri satu perumpamaan: Jika kita lihat rancangan menyanyi tak berupaya membangunkan pemikiran dan tak banyak beri keuntungan untuk memajukan negara. Sama juga dengan novel-novel cintan cintun dan buku-buku yang melibatkan perasaan, tak banyak bahagian yang boleh disumbangkan untuk kemajuan negara kerana apa-apa yang melibatkan perasaan banyak menyentuh soal individualiti dan agak kurang dari segi menjaga serta mengawal komuniti. Sedangkan kita perlukan teknologi dan pemikiran yang bagus kalau betul-betul nak pertahankan Islam supaya tidak dipandang rendah atau dikalahkan dalam peperangan. Jadi kita mesti ada strategi dan pemikiran yang baik serta pengetahuan meluas yang meliputi pelbagai aspek melalui fakta, kajian dan sejarah. Oleh itu, mereka yang suka menimba ilmu tentang perasaan, sebenarnya kurang mempunyai strategi yang baik dalam fikiran mereka berbanding mereka yang gemar fakta dan idea-idea baharu. Juga mereka yang mengagungkan perasaan agak sukar untuk bersuara, terlalu takut salah apabila memberi pandangan dan mengeluarkan idea kerana berasa bimbang dan perasaan mereka bercampur baur akibat terlalu padat dengan pemikiran menjaga perasaan. Hal ini yang kita perlu selektif. Selektif dalam memilih buku.
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 16:53:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015