Oleh kerana pengaruh literatur sufi beberapa abad terakhir - TopicsExpress



          

Oleh kerana pengaruh literatur sufi beberapa abad terakhir khususnya puisi cinta pada abad ke-6 sampai ke-8 H (abad ke-13 sampai ke-15 M) pada kebudayaan Parsi secara umum biasanya tasawuf dan falsafah dipandang selalu berlawanan satu sama lainnya atau bahkan bertentangan. Ada juga anggapan bahawa pencarian jalan tasawuf mengharuskan pencelaan falsafah atau bahawa mabuk dalam cinta ilahiah menuntut mencampakkan intelek dan penolakan terhadap ketajaman intelektual. Namun demikian pengamatan yang cermat pada berbagai mazhab tasawuf dan cabang-cabang falsafah secara jelas membuktikan kenyataan pernah adanya – tidak hanya satu bahkan sejumlah – bentuk hubungan yang lain antara tasawuf dan falsafah. Hubungan ini tidak hanya berupa timbal balik dan saling mempengaruhi, tetapi bahkan asimilasi (perpaduan) dan hubungan ini sama sekali tidak terbatas pada kebencian dan permusuhan. *Fahaman awal berkenaan tajuk pembentangan lepak maqasid pada sabtu ini. - Rosli Ibrahim -
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 07:13:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015