P.PINANG. MASIH banyak lagi pembaharuan perlu dilakukan dalam - TopicsExpress



          

P.PINANG. MASIH banyak lagi pembaharuan perlu dilakukan dalam pasukan Pulau Pinang. Itu komen ringkas pengendali Harimau Kumbang, K Devan ketika diminta mengulas kemenangan tipis 4-3 ke atas Kedah pada aksi persahabatan di Stadium Bandaraya, baru-baru ini. Menurutnya, kemasukan beberapa pemain dari Liga Super berjaya menambah sengat pasukannya khusus untuk menghadapi kancah Liga Premier musim depan. Saya gembira dengan kemenangan ini tapi kita tidak boleh cepat berpuas hati. Pertemuan kelmarin (Isnin) adalah perlawanan pertama Pulau Pinang selepas berakhirnya kempen liga. Mohd Shazuan Ashraf Mathews dan Rafiuddin Rodin pada saya begitu menakjubkan dan harap mereka kekal momentum dan saya akan menguji pemain lain pada perlawanan persahabatan akan datang, katanya. Devan berkata, beliau merancang mengadakan perlawanan persahabatan bertemu pasukan Liga Super Perak di stadium sama, Sabtu ini.
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 03:52:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015