PAHANG VS LIONS XII (PIALA SULTAN AHMAD SHAH) Pahang kendalian - TopicsExpress



          

PAHANG VS LIONS XII (PIALA SULTAN AHMAD SHAH) Pahang kendalian jurulatih baru,Ronald Smith sudah pasti ingin menggunakan kelebihan beraksi di Stadium Darul Makmur apabila melayan kunjungan pasukan Lions XII.Bukan sahaja gelaran selaku juara Piala Sumbangsih menjadi idaman namun tiga mata sulung Liga Super turut menjadi taruhan.Turun selaku juara Piala Malaysia musim lalu,skuad Tok Gajah semakin mantap dengan kehadiran pemain pertahanan import baru dari Pakistan. Zesh Rehman dan bekas penyerang berbisa Kelantan,Dickson Nwakaeme.Selain itu,Pahang juga mengekalkan tonggak import musim lalu,Matias Conti dan Damion Stewart. Juara Liga Super,Lions XII yang kini mendapat khidmat bekas pemain Pahang,Fandi Ahmad hadir dengan impian untuk membawa pulang piala menyeberangi Tambak Johor.Status selaku juara liga musim 2013,Lions XII pastinya tidak rela pulang dengan tangan kosong meskipun menyedari Stadium Darul Makmur bakal dilimpahi penonton tuan rumah.Kini kehangatan detik perlawanan pembuka tirai musim baru makin terasa dan hanya detik tiupan wisel sebagai simbolik bermulanya saingan Liga Malaysia 2014 semakin hampir.Segala persiapan pasukan sepanjang pra musim akan diuji pada pentas sebenar Liga Malaysia 2014. Nkilan oleh terminalbola.blogspot
Posted on: Fri, 17 Jan 2014 11:34:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015