PAHIT-PAHIT KOPI – Mern Boonyarath Dari Sen Menjadi - TopicsExpress



          

PAHIT-PAHIT KOPI – Mern Boonyarath Dari Sen Menjadi Ringgit! Sudah nyata harga bahan bakar (minyak) naik. Hal yang paling tidak disukai oleh para pengguna di serata dunia kerana keadaan itu menjadi punca kenaikan harga barangan lainnya. Tidak dapat tidak kita kena menerima kenaikan harga itu dalam pelbagai rasa dan cara. Aku pengguna motorsikal kapcai yang berulang-alik ke tempat kerja dengan melalui jalan yang sama digunakan kenderaan lain. Pagi yang ‘senak’ hampir setiap hari aku redah ketika cuaca baik mahupun dalam hujan. Matlamatnya – kerja, demi pengisian hidupku dan orang-orang lain juga. Bagaimana orang-orang di kampung menerima berita ‘panas’ ini agaknya? Aku tahu ianya sama saja di mana-mana. Cuma cara pemanduan dan keadaan jalan saja yang jauh berbeza. Di kampung jarang berlaku trafiic jam sedangkan di KL tempatku mencari nafkah sekarang, hampir jarang kita bertemu laluan ‘clear’ terutama di jalan-jalan utama. Kampung Wai sekali lagi terbentang dalam fikiran. Terfikir juga, kalau mungkin aku tinggal di kampung dan melakukan kerja yang sama dari sana. Kemudian mengirim hasil kerjaku melalui kemudahan internet ke pejabat… alangkah senangnya. Tapi kenyataannya tidak begitu. Sebagai penulis aku perlu ‘suasana’ yang sesuai dan mendorong daya pencarian idea. Perbincangan dengan rakan sekerja tentang topik berkaitan kerjaya penerbitan, bahan, hasil kerja dan prestasi pasaran amat penting bagi menjamin kedudukan syarikat. Syarikat kami hanya entiti kecil dalam perusahaan yang terus bercambah walaupun dalam situasi ‘harga kehidupan’ yang sering melonjak. Keadaan sama juga dialami oleh segenap pihak dengan pro dan kontranya. Berbalik pada persoalan asal tentang kenaikan harga minyak, apa yang boleh kita buat untuk mengubah perkara yang telah ditetapkan? Melainkan menerima angka-angka yang bertambah dalam bajet harian kita. Aku juga sama macam anda semua, walaupun kapcai memerlukan jumlah liter minyak yang kecil namun nilai sen yang kugunakan untuk bahan bakar kenderaanku telah bertukar menjadi ringgit! - Mern Boonyarath
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 04:25:21 +0000

Trending Topics



:30px;"> wala ko gayud damha nga imong makaya pagbiya sa pamilya para
BRAND NEW INTACT SEALED SAMSUNG GALAXY S DUOS 2 GT-S7582 (FULL
Father, You are the only source of eternal life to whom I can

Recently Viewed Topics




© 2015