PAU Bahagian Gua Musang kali ini menyaksikan pelbagai spekulasi - TopicsExpress



          

PAU Bahagian Gua Musang kali ini menyaksikan pelbagai spekulasi yang menarik. Desas desus YBM Kuli yang bakal mengosongkan kerusi P032 pada PRU akan datang jelas sekali menghangatkan pelbagai kokokan calon bakal bersabung makin sayup kedengaran. Apakah yang makin nyaring berkokok untuk bersabung akan jadi realiti dalam PAU Bahagian Gua Musang? Yang pasti Sayap Pemuda pasti menjadi pertemuan penuh epik dan yang klasiknya pula tradisi pertemuan Calon Anak Tempatan dengan Calon Luar berterusan dalam PAU kali ini. Apakah tradisi terus menyebelahi tuah Anak Tempatan walau tidak mempunyai pendidikan tinggi tapi pengalaman sejak berusia 18 tahun dalam kepimpinan Pemuda Bahagian menyebelahi Sheikh Razali pada PAU Sayap Pemuda pada kali ini. Atau nasib akan berubah pada kepimpinan Mohd Syahbuddin Hashim bekas Tokoh Anugerah Belia Negara yang sanggup berkelana ke bumi Gua Musang beradu nasib untuk mengepalai kepimpinan Sayap Pemuda Gua Musang dalam tempoh yang singkat. Mana pilihan akar umbi cawangan pada rakit yang bersedia menempuh gelora PAU Bahagian Gua Musang kali ini? Apa yang pasti kedua-dua calon ini pernah kecundang dalam PAU sayap sebelum ini. Yang membezakan antara dua tokoh muda ini adalah Sheikh Razali terus menabur di Gua Musang walau pernah kalah dalam PAU manakala Mohd Syahbudin Hashim berkelana dari Kubang Kerian ke Gua Musang setelah kecundang kepada tokoh Pemuda disana. Bertanding pada adab kesopanan dan ketatasusilaan orang melayu seperti yang termaktub dalam Rukun Negara ke 05. Strategi masing-masing yakin untuk menang tapi biarlah menguntungkan cawan agar tidak lesu berjauhan dengan teko hubungan dengan piring tidak renggang. Jangan sesekali Air tidak terisi ke cawan terasing sendiri tanpa sudu... Manifesto biar lah jelas tidak berselindung disebalik tebal atau nipis poket yang terisi.
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 10:27:11 +0000

Trending Topics



y-Wine-Dine-Tomorrow-Night-PLEASE-READ-topic-10152756387600831">Fanatics racing Disney Wine & Dine Tomorrow Night...PLEASE READ
The following earth-shattering info is for those of you heading to

Recently Viewed Topics




© 2015