PEMAIN dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, terpaksa - TopicsExpress



          

PEMAIN dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, terpaksa dipindahkan ke dua buah hospital selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor pada hari raya ketiga iaitu Sabtu lalu. Menurut Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah berkata, keadaan Yazid bagaimanapun stabil selepas dipindahkan daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama. "Asalnya dia dimasukkan ke Hospital Kluang, Johor selepas rebah di rumah namun kembali stabil selepas dipindahkan ke HKL pada malam Sabtu lalu dan dia kini sedang berehat di wad sebelum dibenarkan keluar," katanya ketika dihubungi mStar Online yang melawat Yazid di HKL di sini, hari ini.
Posted on: Wed, 14 Aug 2013 13:50:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015