PEMIMPIN KITA Pemimpin kita... Jelas kelihatannya Sesekali - TopicsExpress



          

PEMIMPIN KITA Pemimpin kita... Jelas kelihatannya Sesekali cuba untuk menaikkan nama Walau dengan pelbagai cara Pemimpin kita.. Tidak sama seperti dahulu Janji dipegang, amanah dijulang Tatkala meniti peredaran zaman Seringkali kita melihat mendengar Pemimpin yang masih alpa, masih leka dengan dunia mereka Wahai pemimpin kit a Tiada guna disanjung di dunia Sesudah mati tiada ke mana Sedarlah Insaflah Sesungguhnya Kebenaran di sebalik segala tragedi yang menimpa Hanya berselindung di sebalik hakikat Kabur diselubungi mitos-mitos palsu Lihatlah.. Dengan penipuan, dengan kekejaman Tiada gunanya Sekalipun apa yang berlaku kini tiada kesan terhadap pemimpin kita Namun tempiasnya kena pada rakyatnya Jangan.. Usah biarkan ini terus berlaku Ketahuilah bahawa pekerjaanmu itu Bersandarkan tanggungjawab Tanggungjawab yang masih belum dapat dilaksanakan dengan sebaiknya Bukan hendak menghina Bukan hendak mencaci Tetapi.. inilah hakikat Hakikat sebenar Pemimpin Kita Azie21 17 Oct 2013
Posted on: Thu, 17 Oct 2013 11:22:21 +0000

Trending Topics



>

Recently Viewed Topics




© 2015