PENGERTIAN ISLAM Tunduk dan patuh kepada Allah SWT serta - TopicsExpress



          

PENGERTIAN ISLAM Tunduk dan patuh kepada Allah SWT serta menunaikan segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW DALIL PENGERTIAN ISLAM وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ! أَخْبِرْنِى عَنِ الإسْلاَمِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الإسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِىَ الزَّكَاةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ البَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً Maksudnya: Malaikat Jibril a.s. berkata: “Wahai Muhammad, beritahu kepadaku tentang Islam.” Maka Rasulullah SAW menerangkan: “Islam itu ialah kamu bersyahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT, dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah SWT, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah sekiranya mampu sampai kepadanya.” (Riwayat Muslim)
Posted on: Fri, 27 Sep 2013 09:52:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015