PENGGUNAAN PERUNTUKAN WANG SUWA (KANTIN / SEWA KEDAI BUKU / - TopicsExpress



          

PENGGUNAAN PERUNTUKAN WANG SUWA (KANTIN / SEWA KEDAI BUKU / LAIN-LAIN SEWAAN / PELBAGAI / SUMBANGAN) PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI NEGERI KEDAH Untuk makluman semua, kumpulan wang SUWA sekolah meliputi : - 1) Sewa Kantin 2) Sewa Kedai Buku 3) Sumbangan / Pelbagai 4) Faedah bank 5) Lain-lain (Yang di masukkan ke dalam peruntukan SUWA sekolah) Perbelanjaan atau perolehan menggunakan peruntukan wang SUWA sekolah yang DIBENARKAN untuk perbelanjaan terus tanpa perlu mohon kelulusan ke pihak Unit Akaun JPNK (Ketua PTJ) adalah seperti berikut : - 1) Perbelanjaan menjalankan aktiviti-aktiviti murid sekolah. 2) Perbelanjaan membawa murid mendapatkan rawatan kecemasan. 3) Perbelanjaan yang memberi manfaat secara langsung kepada murid. 4) Perbelanjaan pembayaran fotostat / riso kertas-kertas ujian dan pembelajaran untuk murid. 5) Perbelanjaan makan minum untuk murid sekolah. 6) Perbelanjaan lawatan atau program-program P&P murid (termasuk guru pengiring). 6) Lain-lain perbelanjaan yang munasabah untuk murid sekolah (Jika ianya khas untuk murid sekolah). Sehubungan dengan itu, jika mana-mana pihak sekolah ingin membuat perbelanjaan atau perolehan menggunakan peruntukan wang SUWA sekolah yang bukan manfaat kepada murid (seperti yang dinayatakan di atas), pihak sekolah DIWAJIBKAN mendapat KELULUSAN daripada Unit Akaun JPNK (Ketua PTJ) sebelum sebarang perolehan dan perbelanjaan dibuat. Berikut merupakan cara atau langkah-langkah permohonan untuk mendapatkan kelulusan daripada Ketua PTJ (Unit Akaun JPNK) : - 1) Surat permohonan sekolah 2) Quotation atau bil / invois (jika ada) 3) Salinan Buku Tunai Akaun SUWA serta Subsidiari (jika ada) Hantar ke Unit Akaun JPNK (U/P : En. Ifyzudin B. Md. Ifran) untuk proses kelulusan dibuat dan dihantar semula ke sekolah yang memohon kelulusan menggunakan peruntukan SUWA sekolah. ** Bagi pihak sekolah yang memohon untuk perbelanjaan penyelenggaraan kecil atau baik pulih bangunan atau premis sekolah, hendaklah menyatakan butiran-butiran terperinci bagi kerja-kerja yang hendak dijalankan. ** Pihak sekolah yang memohon menggunakan peruntukan wang SUWA sekolah untuk pembelian alatan ICT hendaklah mendapatkan quotation daripada syarikat yang dilantik oleh oleh pihak KPM iaitu SYARIKAT KAYPI TECHNOLOGIES SDN BHD sahaja sehingga tahun 2015. Sebarang persoalan serta kemusykilan berkenaan perkara di atas anda boleh hubungi Sub-Unit Akaun Sekolah, Unit Akaun JPNK di talian 04-7404099. Sekian, terima kasih.
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 04:10:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015