PENGURUS RESORT DITAHAN KERANA BENAR SURAU DIGUNAKAN PENGANUT - TopicsExpress



          

PENGURUS RESORT DITAHAN KERANA BENAR SURAU DIGUNAKAN PENGANUT AGAMA LAIN Johor, 12 Ogos - Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana dikata membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan. Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pengurus berusia 45 tahun itu ditahan di resort tersebut pada 2.00 petang ini. "Satu pasukan khas diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut. "Kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan," katanya dalam satu kenyataan di sini. Kesalahan sedemikian membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Beliau turut mengingatkan masyarakat Islam supaya bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya. Polis dijangka membawa pengurus itu ke Mahkamah Kota Tinggi esok untuk kebenaran menahan reman beliau. Upacara sembahyang itu disedari oleh seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu. Seramai 12 penganut agama berkenaan dan seorang sami dikatakan melakukan upacara sembahyang itu yang termasuk meletakkan gambar patung. - BERNAMA
Posted on: Mon, 12 Aug 2013 11:42:17 +0000

Trending Topics



veros-AlterMidya-spokesman-said-Without-our-topic-596909063769568">Benjie Oliveros, AlterMidya spokesman, said, “Without our
General exam stress-busting tips Believe in yourself. If you
Jesus did not come and die for only a few. It is God�s will that
***Price Drop Alert*** (9.99-->3.99) StoryBuilder for iPad helps

Recently Viewed Topics




© 2015