PERANCIS TERSELAMAT. PERANCIS mencipta sejarah - TopicsExpress



          

PERANCIS TERSELAMAT. PERANCIS mencipta sejarah tersendiri apabila bangkit mengalahkan Ukraine 3-0 pada pertemuan ulangan playoff Piala Dunia 2014 di Paris, awal pagi semalam. Kemenangan itu sekali gus menjamin laluan skuad Les Bleus ke Brazil tahun hadapan. Bukan sekadar layak, Perancis kini mencipta sejarah baru di mana menjadi satu-satunya pasukan dari zon Eropah yang layak ke pusingan akhir selepas ketinggalan 0-2 dalam pusingan pertama playoff. Pengendalinya, Didier Deschamps yang ternyata gembira menyifatkan kejayaan pasukannya itu merupakan satu magik. “Ini adalah magis dalam bola sepak. Sebelum ini kami sengsara kerana ketinggalan dua gol tetapi semua pemain mempamerkan keazaman yang tinggi. “Kemenangan ini amat penting buat Perancis. Ya...kami akan hadir di Brazil tahun hadapan. Itu yang kami inginkan,” katanya. Gol kemenangan Les Bleus dijaringkan Mamadou Sakho, Karim Benzema dan jaringan sendiri Oleg Gusev dengan agregat 3-2. Bagaimanapun kejayaan Perancis sedikit mengundang kontroversi di mana Benzema yang menjaringkan gol kedua ternyata berada di dalam kedudukan offside.
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 10:12:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015