PERHATIAN: Kepada Warga Malaysia Yang Berada/Bermastautin di Nepal - TopicsExpress



          

PERHATIAN: Kepada Warga Malaysia Yang Berada/Bermastautin di Nepal khususnya Keadaan di beberapa bandar utama di Nepal, beberapa hari ini dijangka akan terganggu dengan beberapa siri protes/perhimpunan/demonstrasi jalanan oleh beberapa organisasi/kumpulan. Bandha (protes/demonstrasi jalanan) ini, mungkin akan menyebabkan aktiviti seharian orang awam tidak berjalan seperti biasa, sistem pengangkutan awam terhenti, pejabat-pejabat dan premis-premis perniagaan juga tersekat operasinya dan ditutup sementara. Pihak-Pihak berkuasa di Nepal sememangnya akan sentiasa memantau dan mengawal pergerakan bandha tersebut serta menjaga, membantu dan mengawasi pergerakkan dan keselamatan orang awam keseluruhannya. Sila bersabar dan berhati-hati. Hubungi pihak Kedutaan jika perlu. Sekian, terima kasih. EMBASSY OF MALAYSIA KATHMANDU, NEPAL
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 15:29:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015