PERLUKAH MALAYSIA PERKHIDMATAN SEORANG MENTERI MINYAK PENUH - TopicsExpress



          

PERLUKAH MALAYSIA PERKHIDMATAN SEORANG MENTERI MINYAK PENUH MASA? 40% daripada sumber bajet tahunan negara adalah dari sumber cukai dan dividen petroleum tidak termasuk subsidi yang dibiayai terus oleh Syarikat Minyak Negara kepada IPP. Kebergantungan Malaysia dengan sumber minyak adalah tinggi namun demikian Malaysia tidak pernah mempunyai Menteri Minyak seperti lazimnya dinegara pengeluar minyak lain. Berapa peratus kebergantungan kepada minyak maka keperluan seorang menteri diperlukan untuknya? Kenapa semua tugas ini di kendalikan dibawah jabatan perdana menteri? Haruskah Akta Petroleum di pinda untuk membolehkan kuasa berhubung sumber minyak di kendalikan oleh seorang menteri minyak penuh masa dan penasihat dilantik dalam syarikat minyak negara dari kalangan mereka yang tidak ada unsur percangahan kepentingan kedudukan dengan pihak yang ada kepentingan perniagaan dalam industri minyak negara?
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 16:00:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015