PERTANDINGAN DALAM PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (Badan Induk - - TopicsExpress



          

PERTANDINGAN DALAM PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (Badan Induk - Main Body) hanya akan di adakan untuk sayap Bumiputera bagi jawatan2 Naib2 YDP & Ahli-ahli Majlis Tertinggi sahaja kerana kesemua incumbents atau pemegang2 jawatan YDP, Timbalan2 YDP dan Naib2 YDP di kedua-dua sayap Pesaka dan Bumiputera telah menang TANPA BERTANDING. Begitu juga, Ahli2 MKT bagi kuota Pesaka (iban,Bidayuh,orang ulu dsbgainya) menampakkan tiada pertandingan bila pencalonan ditutup dua hari yang lepas .Maka dengan itu 11 orang Ahli MKT kuota Pesaka telah menang tanpa bertanding juga. SYABAS & TAHNIAH diucapkan kepada YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud diatas mandat dan sokongan padu yang kental sekali yang diterima sebulat suara untuk beliau terus diberi kepercayaan memimpin Parti PBB Sarawak.Begitu juga SYABAS & TAHNIAH kita ucapkan kepada mereka yang telah menang tanpa bertanding seperti yang saya nyatakan di atas. PERTANDINGAN Ahli2 MKT bagi Kuota BUMIPUTERA ( melayu/ melanau) pula akan di rebut oleh 14 orang calon. Hanya 11 orang dari 14 orang diperlukan untuk mengisi kuota tersebut. Salah seorang dari calon2 itu adalah saya sendiri. Saya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan tersebut semata-mata untuk diberi tanggungjawab untuk bersuara bagi pihak akar umbi parti dan berkhidmat bagi memantapkan lagi sokongan terhadap barisan pemimpin tertinggi parti, dalam menrangka dasar2 dengan input dari peringkat bawahan demi kesejahteraan dan nasib masa depan rakyat. Saya akan membawa UNDI No. 13 .Tiga belas calon selain dari saya kebanyakkannya terdiri dari YB-YB ADUN & MP, tetapi ada juga ahli-ahli biasa macam saya yang datang dari akar-umbi parti. Mereka itu semua-nya handal2 belaka. Saya suka nombor 13 ni kerana ianya secara kebetulan bersesuaian dengan angka KONVENSYEN Ke-13 pada tahun 2013. Di dalam alam bola sepak di peringkat Dunia, saya meminati Gerd Muller dan Michael Ballack kedua-duanya pemain Germany . Gerd Muller adalah pemain barisan attacking atau penyerang yang sangat berkesan bila jaringannya di pemainan World Cup Final 1974 merealisasikan Germany merangkul kejuaraan dengan penuh sensasi sekali. Saya bukanlah sehebat Gerd Muller atau Michael Ballack tetapi saya suka cerita bolasepak ini untuk memeriahkan suasana Konvensyen dengan adanya pertandingan mesra antara adik-beradik dalam mood penuh aman gembira. Saya hanya seorang pembela Parti PBB & Barisan Nasional yang mahu PBB & Barisan Nasional membawa kebenaran & kemenangan untuk berpihak kepada rakyat. SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA AHLI2 PBB seluruh Negeri Sarawak. SALAM PERJUANGAN !
Posted on: Wed, 16 Oct 2013 08:15:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015