PMRAM tidak pernah kecewa dengan mereka yang merasa malu menjadi - TopicsExpress



          

PMRAM tidak pernah kecewa dengan mereka yang merasa malu menjadi ahli PMRAM ... لا عزة بغير الإسلام (tiada keizzahan selain daripada agama Islam) Buat apa nak kecewa kepada mereka yang malu nak mengaku ahli PMRAM?. Buat apa nak kecewa dengan mereka ?. Mereka bukannya bayar gaji kepada penggerak dan aktivis PMRAM. Buat apa nak kecewa dengan mereka ?. Banyak sangatkah sumbangan mereka kepada PMRAM? Buat apa nak kecewa dengan mereka ?. Adakah PMRAM ini kuat dan teguh hanya dengan sebab mereka? Buat apa kecewa dengan mereka ?. Andai kata sifat ego menguasi diri mereka. Buat apa kecewa dengan mereka ?. Andai kata diri terlalu mengharapkan balasan dipandangan mata orang. buat apa kecewa dengan mereka ?. Andai kata adab dan akhlak tidak dijaga. Buat apa kecewa dengan mereka ?. Jika suka mengambil kesempatan terhadap orang lain. Buat apa kecewa dengan mereka ?. Andai kata di waktu senang sahaja sanggup bersama. dan diwaktu susah lari entah ke mana. Buat apa kecewa dengan mereka ??? Ingat !!! PMRAM tidak pernah mengajar ahlinya dengan kebendaan. tidak pula mendidik ahlinya dengan lemah semangat. Tidak juga membiarkan ahlinya bertindak sesuka hatinya. namun PMRAM membuka ruang kepada semua untuk bekerja dan merasai apa itu tarbiah yang PMRAM anjurkan. Mulut hanya mampu berkata-kata tetapi jasad belum tentu melaksankan apa yang dikatakan walaupun memiliki segala kekuatan. hakikatnya hanya diri kita sendiri yang mampu menilai sejauh mana pengorbanan yang kita curahkan dan manfaatnya kepada manusia di sekeliling kita. kasih dan cinta kepada mana-mana individu, persatuan ataupun gerakan mestilah dibuktikan dengan tindakan. dan adakah tindakan itu semata-mata kritikan dan idea sahaja? . tentu sekali tidak. tetapi bukti cintakan kepada sesuatu itu perlu dizahirkan dengan pengorbanan yang ikhlas dalam membantu perjalanan dan pergerakannya agar terus subur mengkader manusia lain yang mampu meneruskan kesinambungan gerak kerja ISLAM. tidak ada apa yang perlu dikesalkan andai kita berintima dengan sesuatu gerakan itu hanya untuk melihatkan diri kita punyai kehebatan, idea dan pandangan yang bernas, bacaan politik yang matang, Namun sukar untuk menitiskan peluh merasai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh orang lain. Mungkin kita hebat dari sudut pandangan manusia tapi belum tentu kita di pandang mulia di sisi yang Maha Esa. Benar... Sifat manusia itu mudah melupai diri sendiri, Sifat manusia itu mudah mengangkat diri sendiri, Sifat manusia itu suka mencari populariti Sifat manusia itu suka sentiasa diperhati dan dikagumi Muhasabah bersama ... إنكم لن تغلبوا أبدا من قلة عددكم, ولا من ضعف وسائلكم, ولا من كثرة خصومكم, ولا من تألف الأعداء عليكم, ولو تجمع أهل الأرض جميعا ما استطاعوا أن ينالوا عليكم, إلا ما كتب الله عليكم, ولكنكم ستغلبون أشد الغلب وتفقدون كل ما يتصل بالنصر والظفر بسبب إذا فسدت قلوبكم ولم يصلح الله أعمالكم أو إذا تفرقت كلمتكم واختلفت آرائكم, أما ما دمتم على قلب رجل واحد متجه إلى الله تبارك وتعالى, آخذ فى سبيل طاعته, سائر نهج مرضاته, فلا تهنوا أبدا ولا تحزنوا أبدا, وأنتم الأعلون والله معكم ولن يترك أعمالكم Sesungguhnya kamu tidak akan dikalahkan selama-lamanya disebabkan oleh sedikitnya bilangan kamu, bukan juga disebabkan lemahnya kelengkapanmu, bukan juga disebabkan ramainya seterumu, dan bukan juga disebabkan bersatunya musuh-musuhmu, sekalipun seluruh makhluk di atas muka bumi bersatu untuk menjatuhkanmu maka mereka sekali-kali tidak akan mampu mengalahkanmu kecuali perkara tersebut telah ditentukan oleh Allah SWT ke ats dirimu. Akan tetapi kamu akan jatuh tersungkur disebabkan oleh rosak dan busuknya hati-hati kamu, dan Allah tidak akan memperbaiki amalanmu, atau berpecahnya pegangan kamu dan berbeza pendapat dikalanganmu (berpecah kesatuanmu), Adapun selama-mana kamu diikat dengan hati yang satu, bergerak menuju Allah SWT, mentaati Allah SWT, serta mengikut jalan yang diredhaiNYA, maka janganlah sesekali kamu ragu-ragu, maka janganlah sesekali kamu berdukacita, kerana kamu pada waktu itu berada dikedudukan yang tinggi, dan Allah SWT tetap bersamamu dan DIA sesekali tidak akan mensia-siakan amalmu . via Us Abdul Aziz Ali Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 14:12:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015