POLEMIK HUDUD & NEGARA - TopicsExpress



          

POLEMIK HUDUD & NEGARA ISLAM ----------------------------------------- Kalau nak UNDANG2 ISLAM.. kena letak dalam SISTEM ISLAM, kalau nak SISTEM ISLAM kena ada DAULAH ISLAM/KHILAFAH.. kalau nak DAULAH ISLAM kena usahakan dengan THORIQAH/MINHAJ ISLAM sepertimana yang telah ditunjuki oleh Rasulullah saw. Come on.. tak kan BIG JOB sebagai wakil Allah (Al-Baqarah 2:30) yang diamanahkan kepada Rasulullah seterusnya penggantinya (Khalifah2) bagi sekalian alam dan sekalian manusia (Al-Anbiya 21:107, Saba 34:28) itu tidak diberikan blueprint/job description yang details oleh Allah swt?? Tanggungjawab untuk mengembalikan kehidupan Islam itu WAJIB, persoalannya takkan tiada method/jalan/thoriqah/minhaj untuk meletakkannya dalam bingkai yang betul??? لِكُلٍّ۬ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةً۬ وَمِنۡهَاجً۬ا‌ۚ Kami jadikan bagi tiap-tiap umat diantara kalian SATU SYARIAT dan SATU JALAN.... (al-Maedah 5:48) ثُمَّ جَعَلۡنَـٰكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡرِ فَٱتَّبِعۡهَا وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syari’at dari urusan itu, maka ikutilah syari’at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (al-Jatsiyah 45:18) ... Selanjutnya akan ada KEMBALI KHILAFAH yang mengikuti MANHAJ KENABIAN. Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar] Masalahnya satu2nya jalan yang sedang diyakini dan ditempuh oleh gerakan Islam bersama pengikutnya adalah DEMOKRASI, cara berfikir begini adalah doctrine/racun yang ditanam oleh penjajah terhadap umat Islam berdasarkan sejarah hitam yang mereka lalui bagi memastikan umat Islam terus dijajah dan ditipu, sedangkan Allah telah memberikan janji Nya dan jalan Nya untuk kita memposisikan kembali sebagai umat pilihan dan umat terbaik. Perlu diketahui demokrasi adalah sistem politik & pemerintahan, salah satu produk revolusi zaman Pencerahan (Enlightenment Era) di Eropah. Apabila rakyat di Eropah memutuskan untuk menggantikan sistem teokrasi dengan sekularisme, timbul keperluan satu sistem baru untuk mengurus dan mengatur tindakan undang-undang. Semasa zaman teokrasi, Raja merupakan satu-satunya pembuat undang-undang dengan kebenaran dari pihak Gereja. Sekularisme kemudian mengambil dari Gereja kuasa untuk melantik dan meluluskan undang-undang, sehingga seluruh kuasa dari Raja beralih tangan. Jadi, persoalan yang timbul, Sekarang siapa yang akan menggubal undang-undang dan bagaimana prosesnya? Disini Demokrasi adalah jawapannya. Orang-orang seterusnya akan menggubal undang-undang di kalangan mereka sendiri, sama ada secara langsung melalui referendum atau tidak langsung melalui wakil-wakil rakyat. Idea tentang pemisahan agama dari politik dan pemerintahan, disamping pembahagiaan kekuasaan (trias politica / dualisme kekuasaan atau lebih) antara executive, legislative dan judiciary dalam demokrasi adalah merujuk kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang lahir dari AQIDAH SEKULARISME yang secara total bertentangan dengan SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM. Sedangkan dalam Islam walaupun seorang Khalifah berkuasa mutlak tetapi dia tetap tiada kuasa dalam hal membuat atau menetapkan hukum. Yang ada pada seorang Khalifah adalah kekuasaan untuk menggali hukum syara dari dalil2 syara serta mentabanni (melegalisasi) hukum syara sebagai hukum Daulah Islam. Asas Sistem Pemerintahan Islam adalah, (i) Kedaulatan ditangan syarak (As siyadah li as syar’i), (ii) Kekuasaan Ditangan umat (as sulthan li al ummat), (iii) Pengangkat satu khalifah untuk seluruh muslimin hukumnya wajib(wujub nashbi al khalifah al -wahid li al muslimin) dan (iv) Khalifah mempunyai hak untuk mengambil dan menetapkan hukum syarak untuk menjadi undang-undang (li al Khalifah wahdah haq at tabanni) إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ‌ۖ Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah (al-Anaam 6:57) Persoalannya lagi kenapa kita masih mencari jalan buntu dan berpusing-pusing dalam perangkap sistem yang dibuat barat musuh Islam sedangkan Allah swt telah memberitahu realiti orang kafir terhadap umat Islam yang tidak akan berubah sikapnya terhadap kita sehingga hari kiamat: وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk [yang benar]. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al-Baqarah 2:120) Timbul lagi persoalan tak boleh ke kita usahakan jugak dengan jalan yang bathil untuk mengembalikan sistem kehidupan Islam dengan alasan demokrasi dijadikan sebagai uslub atau alat untuk meraih kekuasaan dengan alasan lagi dalam keadaan yang darurat?? Untuk persoalan ini ulamak dah bincang pengertian darurat secara terperinci. Dan mengambil demokrasi sebagai jalan untuk meraih kekuasaan adalah diluar konteks darurat dan bertentangan secara jelas dengan thoriqah yang telah ditunjuki oleh Rasulullah saw samada melalui lisan atau tindakannya. Selain itu kekeliruan ini juga tidak dapat lari dari aspek gagalnya gerakan Islam itu dalam memahami dan membezakan antara thoriqah/minhaj (method), uslub (technique) dan wasilah (toools) yang perlu diambil untuk mengembalikan kekuasaan Islam tersebut, yang mana satu bersifat tetap dan yang mana boleh diusahakan atas kapasiti manusia yang mempunyai akal dan kudrat. Tentang persoalan mencampurkan perkara yang hak dengan yang bathil telah jelas melalui dalil berikut: وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui. (al-Baqarah 2:42) وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima [agama itu] daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali Imran 3:85) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah 2:208) Jelas MENGAMBIL ISLAM SECARA KAFFAH (keseluruhan) itu dalah PERINTAH dari Allah swt sepertimana kewajiban lain yang telah ditetapkan di dalam Islam, selainnya adalah jalan Syaitan termasuk juga yang lahir daripada manusia yang tidak berlandaskan al-Quran dan as sunnah. Sistem-sistem Islam itu tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna andai kata ada mana-mana bahagiannya yang tercabut daripadanya. ١لإسلام يعلو ولا يعلى Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi. (Hadis Hasan riwayat Rauyani, Daruquthni, Baihaqi, Dhiyauddin dari Aidz Bin Amer) Dari hadis ini dapat kita fikir dengan akal yang sihat adalah mustahil Islam itu akan kembali ditegakkan dengan menempuh jalan yang bathil apatah lagi melalui sistem yang ditaja oleh musuh Islam sendiri. Kekeliruan ini berpunca dari doktrinisasi metod berfikir barat yang lahir dari aqidah(asas) yang bathil sampaikan pemikiran politik umat Islam itu berada dalam tahap yang sangat rendah. Akibatnya lahirlah pendapat-pendapat ganjil yang semakin mengaburkan kesucian dan kebenaran Islam melalui gerakan2 Islam sendiri yang masuk dalam PLURALISME POLITIK dalam sistem demokrasi. Tanpa sedar gerakan Islam tersebut telah mengabsahkan kewujudan sistem kufur sehingga terpaksa juga bergabung dalam satu pakatan bersama parti kufur sedangkan secara jelas pihak tersebut memperjuangkan tujuan(agenda) dan kepentingan yang bathil. Persoalan yang ikhlas, adakah Rasulullah saw dan Daulah Islam yang telah wujud sebelum ini membenarkan penampakan gerakan, parti atau pertubuhan yang alirannya bertentangan dengan aqidah Islam untuk turut terlibat dalam politik negara?? Perlu dijelaskan disini tiada kompromi dalam hal tersebut disebabkan Kedaulatan (Syariat Islam), Kekuasaan dan Kepimpinan(Pemerintahan Islam) itu hanya untuk Islam dan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah swt sahaja. Jika kita meyakini Islam itu adalah MUALAJAH LIL MASYAKIL INSAN (solusi bagi setiap permasalahan manusia), dapatlah diifahami usaha untuk mendirikan kembali Daulah Islam termasuklah sub-sub sistemnya seperti hudud yang terletak dalam Sistem Uqubat Islam itu juga termasuk dalam penyelesaiannya yakni PENYELESAIAN DARI ISLAM dan bukan selain daripadanya. Persoalan dan tanggungjawab ini sangat besar kerana Islam itu bersifat abadi dan universal, begitu juga dengan syariatnya yang bersifat abadi dan universal untuk sekalian alam (termasuklah bangsa masusia dan jin), masa dan tempat. Oleh yang demikian untuk mengembannya memerlukan satu entiti yang kapasitinya bukan bersifat lokal atau regional tetapi bersifat universal juga, itulah SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM yakni KHILAFAH yang telah didirikan oleh Rasulullah saw dan telah diteruskan oleh umat terbaik selama 1300 tahun sehingga dibenamkam pada tahun 1924. Jalan untuk mengembalikannya sudah tentu tidak boleh dinisbahkan dengan kapasiti manusia yang akalnya TERBATAS. Wallahualam bi shawab.
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 21:22:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015