Pada 16 September 1963, empat entiti geopolitik berdaulat di Asia - TopicsExpress



          

Pada 16 September 1963, empat entiti geopolitik berdaulat di Asia Tenggara telah bersetuju utk bergabung membentuk Persekutuan Malaysia. Empat entiti tersebut adalah Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei juga diundang tetapi telah menolak menjadi sebahagian persekutuan baru ini selepas referendum rakyat, dan kekal sebagai negara berasingan. Dua tahun kemudian, Singapura dipaksa keluar daripada Persekutuan Malaysia berikutan hasutan puak etnonasionalis UMNO; keluarnya Singapura membentuk negara berdaulat sendiri, tinggal tiga entiti berdaulat dalam persekutuan Malaysia: Malaya, Sabah dan Sarawak. FAKTA PENTING yg cuba disembunyikan rejim UMNO-BN: Setiap satu daripada entiti ini mempunyai status "equal partner" dalam persekutuan Malaysia. Sabah dan Sarawak BUKAN NEGERI, TAPI NEGARA BERDAULAT setaraf dgn Malaya. Apakah status Sabah dan Sarawak - khususnya Sabah sekarang, selepas 50 tahun menjadi ahli Persekutuan Malaysia? Status berdaulat sudah hilang, digadaikan lanun tempatan yg bersekongkol dgn UMNO. Sabah kini sekadar sebuah negeri, dan negeri yg mana rakyatnya adalah termiskin. Berbaloi kah?
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 04:59:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015