Pada 19 Mac 1989, Allahyarham Sudirman telah dinobatkan sebagai - TopicsExpress



          

Pada 19 Mac 1989, Allahyarham Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur No.1 Asia di dalam pertandingan nyanyian Asian Popular Music Awards. Acara ini telah diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di dewan berprestij The Royal Albert Hall, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia antaranya; Anita Sarawak (Singapura), Kuh Ledesma (Filipina), Leslie Cheung (Hong Kong), Anchalee (Thailand), Chyi Chin (Taiwan), Cui Jian (China), Epo (Jepun) & Koo Chang Moo (Korea). Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris iaitu Medley Send In The Clown / Smile dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan serta lagu One Thousand Million Smiles dengan persembahan dan tarian yang cukup memukau sehingga membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 11:43:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015