Pada 19 Oktober 1973, Presiden Nixon mendapat kelulusan Kongres - TopicsExpress



          

Pada 19 Oktober 1973, Presiden Nixon mendapat kelulusan Kongres bagi bantuan kewangan kepada Israel. Pada keesokan hari pula, Arab Saudi dan pengeluar minyak Arab yang lain bertindak balas mengenakan larangan eksport minyak ke Amerika. Embargo minyak oleh negara-negara Arab berakhir pada Mac 1974. Harga minyak mentah melonjak naik. Walaupun embargo tidak lama, tetapi kesannya begitu besar. Ia menyedarkan Wall Street yang embargo seumpama ini tidak boleh dipandang mudah. Sebaik embargo tamat, Washington tanpa berlengah mula berunding dengan Arab Saudi, dengan menawarkan dolar petrol dengan janji Saudi tidak akan mengulangi lagi embargo minyak. Sebagai balasan, Arab Saudi diberi bantuan teknikal, senjata api beserta ketenteraan dan peluang membimbing Saudi ke dalam negara maju abad-20. Rundingan itu berjaya menghasilkan penubuhan sebuah orgnisasi luar biasa, iaitu Uinited States-Saudi Arabian Joint Economic Commission(JECOR). terjumpa ini dalam buku, CONFESSION ON AN ECONOMIC HIT MAN- John Perkins. Ada fakta untuk melawan pengalaman dan penulisannya?
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 04:14:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015