Pada awal Feb dan hujung Feb, saya ada menyerahkan lebih RM15 ribu - TopicsExpress



          

Pada awal Feb dan hujung Feb, saya ada menyerahkan lebih RM15 ribu kepada seseorang. Walaupun tempoh perkenalan kami hanya sekitar 2 bulan, saya berani ambil risiko atas asas untuk menyelamatkan beliau daripada di bicarakan dimahkamah. Tindakan saya memberi amaun yang besar, kurang disenangi oleh sahabat karib saya. Beliau mengulang-ulang cakap bahawa saya akan dikhianati. Sampai satu tahap, saya terpaksa memarahi beliau kerana sangat bersangka buruk terhadap orang lain. Pinjaman Feb itu perlu dijelaskan berperingkat bermula Julai, Aug, Sept, Oct dan sehinggalah April 2014. Selepas meminjam, saya memberinya masa pada Mac, April, May, Jun dan Julai. Dan selepas 5 bulan, barulah proses membayar pinjaman secara berperingkat akan berkuatkuasa. Setelah sampai waktu, terbukti janji itu di khianati. Pada tahap ini, kebimbangan sahabat karib saya itu menjadi realiti. Saya tahu, sahabat karib saya itu berkecil hati kerana lebih mempercayai orang lain berbanding dirinya sendiri Ini dinamakan - Aku telah mencipta bahagia di atas penderitaan orang lain!
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 05:18:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015